Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Mak mentua best ever?

haha

Tadi ni.. mak n ayah mertua aku, bawak aku g satu pejabat lawyer ni kata nak interview.. dah sampai lawyer tu tadak.. so mak mertua aku pulak yang interview budak keja situ haha

Aku dalam hati berat jugak nak carik kerja tempat lain sebenarnya, tempat kerja sekarang flexible gila.. bukanlah boleh masuk keluar sesuka hati, tapi boleh la excuse nak g klinik ke nak bawak kucing g klinik ke, nak balik makan kenduri ke ahaha

Best memang best. Tapi part tak bestnya gaji, aku kerja bulan 9 ni cukup setaun, tapi sampai sekarang aku masih bergaji kontrak, RM20 sehari, kalau bulan tu cuti banyak makin kurang la gaji aku.. nasib baik aku pakai kancil je so duit minyak tak teruk sangat. tu pun teruk jugak la haha paling banyak pernah aku dapat pun RM440 camtu, tolak duit loan ASB RM203.. tinggal RM230++ kan, tolak duit minyak kancil full tank RM40, nahh tinggal rm190, kalau kata aku makan rm5 sehari dah rm130, tinggal rm60! haha sedey kehidupang.. anak kucing aku lagi 6 ekor nak makan apa haha

Tapi orang tanampak semua tu, orang ingat aku ada laki tak susah mana lah, gila kot orang tu, tanakla aku jadi isteri yang menyusahkan ye dak haha tapi sejak aku buat Shaklee ni boleh la duit bonus tu selit sana sini so boleh la belanja anak bulus makan fancy feast royale kerap2 haha

Anyhow.. tengok la camna, tak sampai hati nak tinggalkan kerja sekarang tapi demi kepentingan masa depan aku harus teruskan! ngahahaha

Selamat ari selasa

Dem brapa ari langsung aku tinggal blog lol sibuk ngan anak kucing kurap haha

lagipun dah malas nk update pasal kawin2. aku dah selamat jadi bini orang yang penting. skang tunggu masa jadi mak orang. hehe korang doa2kan aku ye XD

hmm meh perkenalkan ngan kucing aku si mopey (yang kurap yg lain ye). dia ni diva sket. banyak la jugak.
asal-usul dia tah dari mana, cousin aku amek bela tapi dia ada baby and takut mak dia marah so dia bagi aku.

(padahal adik aku yang nak sangat kucing, bila cousin aku bwk si mopey ni datang, dia tengok muka penyet terus taknak. sengal jugak minah tu. aku tengok2 kesian pulak so aku bela jela huhu)


mopey si diva kembang setaman
waktu mula-mula datang, astaga.. garang nak mampus, kurus-kering, kutu belambak2, cacing tataula ada ke tak, tak cek pon taik dia time tu hehe

nama mopey (sebut mopi) mula2 mupe (muka penyet) haha tapi susah nk sebut mupe lalu jadila mopey, tapi kalau panggil tu kadang2 je datang, selalu time nk makan la. sengal jugak yg ni pon. iskk2

pernah berak atas bonda. wakakaka sebab bonda bagi masuk rumah pastu kantoi dia kencing, bonda pegi angkat dia sambung berak atas bonda. ngahahahaha sapa leh tahan kan sakit perut wakakakaka aku ingat dah kena buang selamanya dah budak ni haha nasib baik kau mopey haha

sekarang dah lebey kurang 4-5 bulan dia ddk ngan aku. kalau aku balik loqstaq aku bwk dia skali, dia pandai nek keta, diam je. abis sgt ke depan ke blakang sebab nk tgk luar tingkap.

ni nk bwk g vaksin


alor star-perlis
ekon nk konker dia sorang =.="
 

gamba atas ni dia baru2 peknen (waktu awal2 bela dia mmg dah peknen), perut pon ala2 comel, aku bwk dia balik alor star sebab aku ada exam minggu tu. tapi dia tamau makan 3 hari, aku dah risau, nk g vet ari jumaat pulak tu, vet sana tutup la kan, so aku trus bawak dia balik perlis nk cek kt vet sana.. rupa-rupanya.. dia tamau makan sebab nk kuarkan anak dia. uhuk2 dahla dokter tu mcm tuduh aku yang buat dia gugur. sengal btol. anak dia suma 5 ekor, yang sempat aku snap 1 je, yang lain keluar dalam bilik dokter huhu


,
bb1
seblum aku tanam semua aku bg dia jilat2 dulu bb yg mati tu, so that dia tak cari anak2 dia nanti.. ada org bgtau kucing kalau peknen muda sangat dia memang akan gugurkan anak2 dia. si mopey ni tak nampak macam muda pon lol agagaa

sekarang dia sihat walafiat. peknen lagi sekali. aku jugak tak peknen2 lagi. haih




Rumah Batu Mak Mertua, Rumah Papan Mak Sendiri

Lagi best rumah sendirriiiiiiiiiiii!!! Giahahaha sebab rumah papan lagi sejuk kihkih ok tipu je rumah bonda batu stengah papan stengah :p (tgkt bawah batu, tgkt atas papan) harap maklum

Ah. Aku kt umah snri, sapa tak syok balik umah snri kan? Bukan tak best langsung duduk ngan mak mentua, sape2 yang duduk ngan mertua pahamla kan? Tetambah yang adik beradik ramai.. aduh...

Anyway, dek kerana syoknya balik rumah snri langsung tade idea nk post kebende. Kalau dok sana tiap ari pulak idea datang. Kadang-kadang buleh buat banyak post then schedule je masa publish. ops kantoi :p

Online ni pon sebab nak cek forum kelas kalau idak tademaknenye, kat rumah senri baring tengok siling pon rasa best dah! hehe

Lagipun, balik best sebab leh makan mekdi! Perlis tade mekdi. Sekian. Kalau yang taleh idup tanpa mekdi tayah datang Perlis. Datang takat Alor Star je hokeh? gehehe

ok dah. nk sambung tengok siling.

korang jemputla tengok miaw aku parking bontot baek punya. nasib baik tak kentut =.="



p/s: bonda wat nasik goreng. nyam! tiada yang lebih sedap dari masakan ibu~

OH WHY??!!

Bijaknya akuuuuuu!

Draft utk post diy dulang hantaran dah ada, selak2 folder nak attach gamba sejibik pon tarak! bayang2 pon tarak! warghh

Tolong..

Tolongla jangan period.. tolongla pregnant..

Assalamualaikum. Hai.

Buruknya perangai. Blog bersawang. Buka blog sebab nk kawen ja ih2 ketuk ketampi sket.

(sorry takdak wedding review-nak tggu gamba dari OP, tp tak dpt lagi. mungken dia tggu aku ada anak dulu kot. lol )

Sorry kalau TMI ayat pertama tadi hihi walopon tak sampai setaun kawen, memang aku dok tunggu anak, jadi bila bulan pertama tak jadi, okla mungkin salah timing :p, bulan kedua tak jadi.. hmm pikir balik apa tak kena.. bulan ketiga.. bulan keempat.. mak da tanya.. tu pon sebab jiran baru kawen lepas raya da ada isi, aku kawen sebelum puasa lemak ja bertambah.. mula la nk panik!!

so try la petua member pejabat, minum air rebusan serai wangi tapi pantang dia taleh makan pisang, nangka, dan cempedak, first month ikut petua dia menjadi (period datang exactly 28 hari, oh ye cycle length aku panjang, 30 hari ada jugak sampai 40 hari huhu ), thenn... bulan kedua terlanggar pantang kuang3 kerepek pisang weiiii sedap nak mamposs haha so tak ikut la aku pantang tuh.. lagipun tak lalu la air serai wangi tuh wekkk

mak mentua tatau cita penuh..segan nk cite hehe. dia ingat aku senggugut teruk ( memang la jugak ) so suh aku minum monavie, minum la aku dengan istiqamah nya pagi-mlm pagi-mlm, abis sebotol segan pulak nk mtk botol baru, dahla seratus lebey mende alah tuh, so berenti la.. sengal kan..

then baca dekat facebook, ada orang promote vitamin dari shaklee- GLA complex, ramai makan tu period teratur, dan tak lama lepas tu ada isi! so tanya kt hubby leh dak nk beli vitamin ni.. dia cakap ok.. tp bulan depan la ( tunggu gaji la kan heh ) tapi aku tak saba so korek duit simpanan mebeng aku tuh order la kt membe ni.. istiqamah la makan. yela sebijik sebelum tido je pon, sambe potpetpotpet kt hubby pon leh makan ngeh2

tapi penantian masih belum berakhir, memang penantian tu satu penyeksaan.. haih..


Al-Fatihah..

Tok ayah dah selamat kembali ke rahmatullah 16.ogos 7.15 pagi.. al-fatihah..

just like my cousin said " taun ni tok ayah raya dengan tok..lama dah dia raya ngan kita.. :'( "

Tok Ayah masuk ICU

That been said, we've been 'berkampungan' kat sini for about a week now. This morning he got worse and had to hook him up to the machine.

and to make things worse, doctor said 'don't expect anything even-though hes stable for now'

:'(

Yaasin....

Yayyyyy~~~

Dah kawenn!! gehehe

majlis bertandang minggu ni then pergi honeymoon kt Medan~ hakhak jgn tanya kenapa Medan, orang nk bawak pergi ikut ajo~

ciaw~

Printer Baru!

Ingat kah anda tentang masalah problem gua tempoh hari? Sudah diseleseikan~ Yakni beli printer baru!! hakhak whatever la maleh nk pikior dah. 

Anyway dah start sesi print memprint! Review pasal paper bag nantila post lain nak bagi complete dulu occay~

till then..

Panic Attack?


Less than three months to go. Banyak jugak menda dalam checklist tak cross lagi. Guarghhhhh

Masalah Problem!

Adeh!!! Printer lak wat hal. Semua kedai tak jual refill ink aku. Sedey btoi. Mentangla printer kuno. Haih. Ingat nak install ink jenis tank tuh. Yang gedabak pelekat tepi printer. Burok benau tapi redha la dari taleh guna langsung. Hais!

Selagi tak ber'ink' selagi tula tergendala kad kawen aku dan paper bag aku. T__________T

Freedom!!

Yaaaayyyyyyyyy!!!! Exam abess!!! Leh kawen daaaa weeee~~~~

Aduh.

Panjangnya to-do list

Nangis panjang dulu

T_____________________________T




p/s: peningla blogger baru nei adoii

Finally!

Finally some closure!

Akhirnya ada jugak tarikh kenduri. Haih lega la sket. Takla annoyed sangat orang asek tanya bila nk knuri bila nk knuri grr ingat knuri macam bli ikan kt giant ke huh

According to the ticker I have 4months left! wargh semua benda tak buat lagi nei. Final exam plak bulan ni uhuk2.

Wish me luck ya!

Finally~

I think that the elders (lol) have come to realization that my fiancee and I dah meningkat tua. Yalah, my better-half dah thirty, aku memang dah hampir ke situ dah. ahaks

So tempoh hari waktu bertandang ke rumah future-in-laws (with my mom of course. takkan nak bincang ngan aku lol) so even though exact date blom ada tapi around June la wedding tersebut, dan paling latest July for their side.

Baru boleh menarik nafas lega. Tapi taleh lepas habes lagi. Tarikhnya nggak ada! tak sesabo ko ye kihkih tapi bonda ckp mungkin hari cuti Israk-Mikraj tuh. I can only hope. *sigh*

...So aku proceed jela order barang2 yang patut. Check balik checklist etc2..

Update berita terkini sket alang2 hee

Untuk bantal dulang hantaran tuh, kain da siap potong, tak jayet lagi. perhaps kena beli kain untuk lining. aku dah tanya kain muslin, but all they did was stare at me like I was speaking Klingon. guhhh bila aku explain usually untuk sarung bantal (palatao je neh) they ushered me to the bedroom section. hmpf tapi tadek hasil jugak. mungkin aku patut mintak je cotton lining. lol

Collection toilet paper agak memberangsangkan (do i spelled it right?) another 46 out of 100 to go (satu roll kecik dapat dua basket). Since umi ckp kids favor wat dlm 200 tu molek la considering bonda ckp invitations untuk 500-600 org. Kalau lebey sapa batch last2 tu dpt la banyak sket kehkeh.

Order untuk white paperbag 1000pcs dah pon proceed, tapi sebab raya cina maka puan dealer tuh tak reply email lagi.

Lagi.. oh esok mungkin nk pegi cekidaut dkt Pekan Cina cellophane bags, dah dpt idea untuk packaging kids' favors nanti.. so generally lebey kurang la dengan adult punya =D

urm.. pasal hantaran pulak.. towel untuk si sayang da kirim sama adik, toileteries kena tunggu body shop wat sale dulu heheh lain2 kena tunggu gaji la jawabnya~

till then~

Pelik

Call me slowpoke, buta IT pon tapa, tapi baru aku perasan every new post aku akan ada auto-like dari FB. Apakah kenapa mengapakah?

habaq mai satttt pasaipa neiii uhuk2

Wee!!!

TQ sticker dah sampai~ 1000pcs utk rm150 ajeww, Ceria Kad Kahwin wat promotion arituh. Berbaloi-baloi!!

perlu upload gamba meh?

Kecewa!!

Berita terkini.

Siang tadi p Rainbow nk tengok kain net utk veil. Yang jenis lembut tarak. Keras macam kain kasa je ada. huh. Pehtu teringat bunga telur untuk bunga pahar. TAK ADAAAAAAAA!!!! Sedey weii sedey!! Tapi nak tanya SA tu langsung tak membantu. Aku panggil nak tanya pasal kain net pon muka tarik sampai ke lantai. Kang tanya bunga telur tu mengamuk lak. ok over plak aku. Tapi disebabkan hujan turun tak semena-mena lebat nak mampus dan aku pon double park depan kedai maka terpaksa la berambus dengan segera. haih.

Menyesal jugak tak amek dengan segera bunga telur tuh aritu. Adei. T__________________________________T

Anyway, mintak maap kepada pembaca sekiranya blog ni da jadi chipsmore basi. Kejap ada lama ilang. :p Skang keja syif. Jadi sangatlah malas. Memang abes jujur dah ni. Ngeh.

Kain untuk bantal hantaran juga dah beli. Beli baki kain je. Atas saranan blogger mana ya. Trimekasih untuk anda XD. Satu meter rm1, Dah berbaki 5meter, kenala amek semua. Tapi kain dia elok. Mungkin akan digunapakai untuk benda lain.  *mentol ting!*

Oh. Mesin jayet sudah diservis. Rasanya la. Kemarin nampak depan pintu pastu ghaib tadi balik kerja ada dah. Boleh mula operasi sabtu ni kot. Ihik2

Sekian berita pagi.=D

Esok syif kol 7 skang tak tdo2 lagi. Masak la aku besok. krroiihhhhuuuuuuu

10 and counting!

Ade ke orang kira berapa lama dah tunang. lol

dah taleh nak countdown tarikh kawen. kira tarikh tunang pon jadila :p

In the process of pestering my mum to let me use her sewing machine. Janji nk anta kedai servis arini. Tak jadi plak sebab g renew roadtax ngan insurans. uhuk2

Idea!!

Mentol sudah menyala! Dapat idea lain untuk favor kanak-kanak neh. Lagi jimat. Haha tu yang paling penting.
=D

len kali update, nak wat prototype dolu~

besok maybe nak p umah abah tengok umi dah wat ke blom choc-stuffed-bunny aku tuh. ngeh!

Till then..