Showing posts with label miaw. Show all posts
Showing posts with label miaw. Show all posts

Hai~

Hai. eh. Assalamualaikummmmmmm

ha. lagi dua hari cukup la sebulan aku mengabaikan blog ini. Kalau rumput dah jadi lalang kot. boleh ke? lol ok nak bagi alasan ni baca tau huehue

1. harusla bz. lepas tu dah namapon blog rahsia jadi bila en suami ada taleh la nk apdet ngehehe
2. aku dok ulang alik klinik haiwan ubatkan sekor lagi kucing kena kurap kronik (ulang 3 kali) sampai taleh makan. tiap 10 hari kena bawak g cucuk. cucuk kurap free je so aku orait je kihkih tapi kalau kena bayar pon tak kesah. demi kemaslahatan kucing2 sedunia ecewah..
3. kucing aku beranak. si mopey tuh. 5 ekor memula. tapi mati mati dan mati tinggal la dua T_T sedey tau
4. aku dah terlibat dalam satu pertubuhan. haha ingat bini-biniku gengster ke. takla, aku join shaklee, sebab aku pakai barang dia turun 3 kilo dlm masa 2 minggu. HAHA best! jadi ahli senang sket, beli barang kumpul point dapat bonus~ weee~~ nanti post mendatang aku cite occay
5. err...

ah nape tiba2 aku jengah blog? blog yang mati segan idup tamau ni? eh? haha sebab aku nk exam dah, macam biasa bila nk exam suma benda jadi penting dan perlu dibuat dengan segera. kan? yang student sila setuju dengan aku. ok tengkiu =D

ok nah gamba cucu aku yang sangat kiut. kepada yang tak suka kucing baca takat ni je tayah skrol bawah. sekian maceh~




** tak paham orang yang tak suka kucing, apasal ek? tak suka lipas tu logikla. arwajdsakjdalkjdakdasaka

Selamat ari selasa

Dem brapa ari langsung aku tinggal blog lol sibuk ngan anak kucing kurap haha

lagipun dah malas nk update pasal kawin2. aku dah selamat jadi bini orang yang penting. skang tunggu masa jadi mak orang. hehe korang doa2kan aku ye XD

hmm meh perkenalkan ngan kucing aku si mopey (yang kurap yg lain ye). dia ni diva sket. banyak la jugak.
asal-usul dia tah dari mana, cousin aku amek bela tapi dia ada baby and takut mak dia marah so dia bagi aku.

(padahal adik aku yang nak sangat kucing, bila cousin aku bwk si mopey ni datang, dia tengok muka penyet terus taknak. sengal jugak minah tu. aku tengok2 kesian pulak so aku bela jela huhu)


mopey si diva kembang setaman
waktu mula-mula datang, astaga.. garang nak mampus, kurus-kering, kutu belambak2, cacing tataula ada ke tak, tak cek pon taik dia time tu hehe

nama mopey (sebut mopi) mula2 mupe (muka penyet) haha tapi susah nk sebut mupe lalu jadila mopey, tapi kalau panggil tu kadang2 je datang, selalu time nk makan la. sengal jugak yg ni pon. iskk2

pernah berak atas bonda. wakakaka sebab bonda bagi masuk rumah pastu kantoi dia kencing, bonda pegi angkat dia sambung berak atas bonda. ngahahahaha sapa leh tahan kan sakit perut wakakakaka aku ingat dah kena buang selamanya dah budak ni haha nasib baik kau mopey haha

sekarang dah lebey kurang 4-5 bulan dia ddk ngan aku. kalau aku balik loqstaq aku bwk dia skali, dia pandai nek keta, diam je. abis sgt ke depan ke blakang sebab nk tgk luar tingkap.

ni nk bwk g vaksin


alor star-perlis
ekon nk konker dia sorang =.="
 

gamba atas ni dia baru2 peknen (waktu awal2 bela dia mmg dah peknen), perut pon ala2 comel, aku bwk dia balik alor star sebab aku ada exam minggu tu. tapi dia tamau makan 3 hari, aku dah risau, nk g vet ari jumaat pulak tu, vet sana tutup la kan, so aku trus bawak dia balik perlis nk cek kt vet sana.. rupa-rupanya.. dia tamau makan sebab nk kuarkan anak dia. uhuk2 dahla dokter tu mcm tuduh aku yang buat dia gugur. sengal btol. anak dia suma 5 ekor, yang sempat aku snap 1 je, yang lain keluar dalam bilik dokter huhu


,
bb1
seblum aku tanam semua aku bg dia jilat2 dulu bb yg mati tu, so that dia tak cari anak2 dia nanti.. ada org bgtau kucing kalau peknen muda sangat dia memang akan gugurkan anak2 dia. si mopey ni tak nampak macam muda pon lol agagaa

sekarang dia sihat walafiat. peknen lagi sekali. aku jugak tak peknen2 lagi. haih




Rumah Batu Mak Mertua, Rumah Papan Mak Sendiri

Lagi best rumah sendirriiiiiiiiiiii!!! Giahahaha sebab rumah papan lagi sejuk kihkih ok tipu je rumah bonda batu stengah papan stengah :p (tgkt bawah batu, tgkt atas papan) harap maklum

Ah. Aku kt umah snri, sapa tak syok balik umah snri kan? Bukan tak best langsung duduk ngan mak mentua, sape2 yang duduk ngan mertua pahamla kan? Tetambah yang adik beradik ramai.. aduh...

Anyway, dek kerana syoknya balik rumah snri langsung tade idea nk post kebende. Kalau dok sana tiap ari pulak idea datang. Kadang-kadang buleh buat banyak post then schedule je masa publish. ops kantoi :p

Online ni pon sebab nak cek forum kelas kalau idak tademaknenye, kat rumah senri baring tengok siling pon rasa best dah! hehe

Lagipun, balik best sebab leh makan mekdi! Perlis tade mekdi. Sekian. Kalau yang taleh idup tanpa mekdi tayah datang Perlis. Datang takat Alor Star je hokeh? gehehe

ok dah. nk sambung tengok siling.

korang jemputla tengok miaw aku parking bontot baek punya. nasib baik tak kentut =.="



p/s: bonda wat nasik goreng. nyam! tiada yang lebih sedap dari masakan ibu~