D.I.Y Sireh Junjung

Aku kena wat esaimen ni senarnye. Sabtu ni due. hokhok tapi otak taleh focus sebab nk update blog. >D

okeh! setel ni pastu wat esaimen. kot.

Alkisahnye sireh ni last minit. Sebab siyes kekeringan idea. Mula nk guna daun sireh betol, tapi makcik supplier yang sponsor daun sireh time tunang aritu tadak p umrah. Nak cari satu hal la kalau dah duduk rumah taman kan. So kiv la dulu. Tapi memang bajet nk wat last skali, yela dah nak guna daun betol, nanti wat awal2 lebam pulak sireh aku huh

Cari2 idea dan terpikat cenggini:




 sireh ala2 bouquet kan. ah nak bouquet aje bajet mat saleh pe huh

Tapi last skali pegi rainbow bli daun plastik tuh akakaka. Cantik pon cantik, dan memang takkan lebam sampai bila2 haha

Oke first skali nk mintak maaf. Gambar step-by-step memang tarak.

Base dia memang buat aku awal2, tapi tak amek gamba sebab kalut ngan doorgift. Top dia pulak buat malam sebelum akad nikah. Nguahaha. kalau tak jadi memang bagi foam tula kt mak mentua aku suh gubah snri wakaka ok buruk prangai.

tade rupa bouquet langsung -.-"


Oke, nak cite satu2. oh ye, aku balut daun je, gubah bunga adik aku buat~

1. Foam bulat (beli saiz 11' kot). Balut ngan daun sireh, tutup keliling. Macam gamba bawah ni (usha tapak dia sahaja).
Aku tak guna gam, cucuk daun ngan jarum peniti jah heh.


2. Refer balik gamba sireh aku. Yang tengah pon sama, balut foam ngan daun, kali ni aku recycle foam kecik dari kaki dulang hantaran aku dulu. Daun tu susun agak boleh cover keseluruhan foam, tapi tak la, so adik aku gunting daun bagi nak cover jugak tamau nampak putih2.

3. Susun! Pernah nampak bunga tu? Bunga hand bouquet aku lew, lebih2 guna jela haha. Bunga lekat guna hot glue, sebab stem dia tebal lalu jarum peniti taleh cucuk. Gile kental.

Ah. OP aku tak amek gamba sireh aku. Samseng btol. In fact, gamba hantaran aku dia amek berapa kerat je pon. =.=" nk wat camna, bukan aku leh cek camera dia tiap kali snap kan. haiyaa

D.I.Y Cascading Hand Bouquet

Wargh! lantakla gamba dulang takdak. meh nk tayang cascading hand bouquet aku. buat snri mak nok. tak tdo smpi pagi haha

itu ari dok meroyan nk hand bouqet jugak2 macam sini

so carikla serata pelusuk negeri. region utara jela tak kuasa nk p kl lol so memula jumpa la kt rainbow jln langgar tu tapi tinggal dua which is obviously tak cukup dan harga pulak mahal (bunga apa tah tak la cantik sangat pon huehue ) so kiv, ronda2 ngan bonda pegi area2 tesco mergong, ada kedai wan hantaran kot. hoh! ada horked pepel! tapi bila combine2 mcm tak brapa ummhh plak. maybe sebab bentuk kelopak dia kot. (nk tunjuk gamba aku tak ingat dah apa bentuk dia sorry!) so kiv jugak tuh.

so balik la arau, time tu sebab nk setel dewan kot? tak ingat lol, jadi ronda2 kedai hantaran kt sana, apa je yg ada pon, rainbow je lol, pegi rainbow seriab, ada bunga! rainbow arau tarak oke.


tara!! pegi sana sebab carik bunga manggar kot asal tu heh. biasala carik lain dapat lain. sebatang berapa tah, dekat rm10 gak kot satu sebab ingat lagi kira2 total dekat2 rm70, huhu ngengade kan nk cascade bagai. rm70 tu bunga aja okeh, bouquet holder tu beli tempat lain. rm5 rasanya.

sebek bunga plastik, tahan lama sket walau rm70 pon. skang jadi almari-topper aku a.k.a pengumpul habuk yang cantik kihkih

ah. meraban no1.
step-by-step tadela sangat. bagi outline je okeh? b2b suma kan genius bab2 kawin ni so u guys figure it out ye >D

reason aku amik dua kaler so that yg light purple tu as accent la, kalau satu kaler tak nampak 3D la bunga aku. nampak cam wallpaper je heh

okeh. step 1. beli bunga. oke. hehe yela lepas tu bogelkan bunga tu ye, buang daun2. melainkan tema korang hutan belantara boleh la include daun2 tuh. (dalam gamba atas tu aku da bogelkan. daun+batang yg telebey panjang tu kt tgh2 )

step 2. disebabkan aku nk cascade dia labuh (ngan harapan cecah lutut aku la kan ) so aku combine dua tangkai. refer pic. satu batang ada dua tangkai. potong. cantum.

 

cantum tu pulak, bukan hujung ke hujung. sebab dia orkid. so dia jarang2, cantum bagi tak jarang. haha paham? kalau nk buat seribu daya ye dak? heh tgk la gamba. adik aku da malas nk layan so dia layan mubi sambe makan megi. dem.


step 3. attachkan tangkai atas kt bouquet holder. pastu tambah la kat tepi2. kalau masih nampak jarang. potong sekuntum2 masukkan kt tempat yg rasa jarang sampai la puas ati..

step 4.  siap! test la kat baju. kt dinding rumah etc. time snap gamba ni 5 pagi. adik aku masih setia menunggu. tengkiu adikku muaxx.



ah. cerita baju. plan asal akad nikah putih, kenduri purple. tapi maknya tu buat yg bju purple tak mengikut kehendak bridezilla ini maka sebelum bridezilla bertukar, tukar jela baju~ hue

aa OP da bagi cd.. meh nk tayang hand bouquet in action. hikhik

dalam gamba jadi pink pulak bunga aku. sentap sebentar.

uhmm kalau korang tgk muka aku macam familiar, wat2 tak kenal dah la ek. nanti aku segan nak mencarut dalam ni kalau ada orang kenal aku. lolol.

p/s: tengok2 balik tarikh gamba, rupanya aku buat bouquet ni 2 hari sebelum akad nikah. korang jangan ikut contoh ni ye. buruk perangai. sekian

OH WHY??!!

Bijaknya akuuuuuu!

Draft utk post diy dulang hantaran dah ada, selak2 folder nak attach gamba sejibik pon tarak! bayang2 pon tarak! warghh

Tolong..

Tolongla jangan period.. tolongla pregnant..

Assalamualaikum. Hai.

Buruknya perangai. Blog bersawang. Buka blog sebab nk kawen ja ih2 ketuk ketampi sket.

(sorry takdak wedding review-nak tggu gamba dari OP, tp tak dpt lagi. mungken dia tggu aku ada anak dulu kot. lol )

Sorry kalau TMI ayat pertama tadi hihi walopon tak sampai setaun kawen, memang aku dok tunggu anak, jadi bila bulan pertama tak jadi, okla mungkin salah timing :p, bulan kedua tak jadi.. hmm pikir balik apa tak kena.. bulan ketiga.. bulan keempat.. mak da tanya.. tu pon sebab jiran baru kawen lepas raya da ada isi, aku kawen sebelum puasa lemak ja bertambah.. mula la nk panik!!

so try la petua member pejabat, minum air rebusan serai wangi tapi pantang dia taleh makan pisang, nangka, dan cempedak, first month ikut petua dia menjadi (period datang exactly 28 hari, oh ye cycle length aku panjang, 30 hari ada jugak sampai 40 hari huhu ), thenn... bulan kedua terlanggar pantang kuang3 kerepek pisang weiiii sedap nak mamposs haha so tak ikut la aku pantang tuh.. lagipun tak lalu la air serai wangi tuh wekkk

mak mentua tatau cita penuh..segan nk cite hehe. dia ingat aku senggugut teruk ( memang la jugak ) so suh aku minum monavie, minum la aku dengan istiqamah nya pagi-mlm pagi-mlm, abis sebotol segan pulak nk mtk botol baru, dahla seratus lebey mende alah tuh, so berenti la.. sengal kan..

then baca dekat facebook, ada orang promote vitamin dari shaklee- GLA complex, ramai makan tu period teratur, dan tak lama lepas tu ada isi! so tanya kt hubby leh dak nk beli vitamin ni.. dia cakap ok.. tp bulan depan la ( tunggu gaji la kan heh ) tapi aku tak saba so korek duit simpanan mebeng aku tuh order la kt membe ni.. istiqamah la makan. yela sebijik sebelum tido je pon, sambe potpetpotpet kt hubby pon leh makan ngeh2

tapi penantian masih belum berakhir, memang penantian tu satu penyeksaan.. haih..