Idea!!

Mentol sudah menyala! Dapat idea lain untuk favor kanak-kanak neh. Lagi jimat. Haha tu yang paling penting.
=D

len kali update, nak wat prototype dolu~

besok maybe nak p umah abah tengok umi dah wat ke blom choc-stuffed-bunny aku tuh. ngeh!

Till then..

Wedding Favor For Children: Part IV

Peh! Favor untuk kanak-kanak pulak dapat liputan lebey neh. Entry ke-empat dah neh (sila rujuk entry 1, entry 2, entry 3). Huh.

Okeh. Aritu aku da bitau pasal nak guna template popcorn box untuk bekas favor aku kan. Siap wat sniri template lak tuh!

Tetapi! Kecewa abes lepas cuba try test letak sweets. Letak jelly bean, lebey 30 peket kena letak, adoi. Letak kisses dekat 20 bijik, letak Daim, ha boleh la tahan, 15 centu je, tapi bonda pulak bising. "oi hang nak bagi sampai banyak tu kaaa?" tengok, mana tak tumpah kuah kalau tak ke pinggan. kohkoh. Sedey kehidupang.

So tiba-tiba teringat satu tutorial easter basket terjumpa aritu.Nampak comei dan macam senang. Macam jela.

Mini Easter Egg Basket
Satu dua leh la gunting lekat2, 100? mau naik sawan aku. Urgh. Rejek2

Next!

Egg Basket Papercraft
Hadoi. Ni pon sama. Saiz tapela aku leh resize. Tapi banyak step la pulak. Base saja pon da berstep-step. Grr. Ok next!


Origami Basket
Ni step dia kinda advanced untuk aku. Macam basket kat atas2. 
Satu dua leh la. 100? margyaaa
Next!!


Oh? macam comei.



Paper Easter Basket
Okeh. Decided! Yang ni lah. Ngahaha aku kecikkan saiz petak tuh 1.5inci instead of 2. So that 1 kertas A4 dapat dua basket! =D.

Erm, dalam proses eksperimen nak tengok crepe paper ni turun kaler tak kalau guna untuk rumput. Kalau tak? Penjimatan hebat! Baki kertas untuk paper carnations aritu melambak-lambak! I know someday it might be of use! ngehe. Plus, nak tengok kalau dibiarkan kat luar semalam dua masuk angin ke tak.

Ataupun, kalau korang ada paper shredder, leh wat snri! Tengok sini ye.

Letehh!!

Huarghh!!

First day tempat keja baru. Mengantuk caharam. Tapi demi tamo g penang balik redha aje. Heh.

Anyway, for the first time since this past few years dok ulang alik Langkawi, I actually found it fascinating. Lol.

Nantila upload gegamba. Nak test basket lain untuk favor budak-budak. Yang aku tunjuk aritu tak seswai. T_____T

Wedding Favor For Children : Part III

Sila rujuk my previous post here and here incase tak paham ujung pangkal cite =D

Anyway, idea mula-mula nak guna mini pail. Sangat costly, unless mini pail itself is the favor. Haha nak kena kutuk selama tujuh keturunan watla gitew~

Then tukar papercup. Tak sempat g Pekan Cina lagi carik, bila nk g, hujan, bila tak hujan tak sempat, bila sempat terlajak tido pulak. :3 heh nama pun penanam anggur cemerlang, business hours is my hours la kan. melalut. isk.

macam ni la lebey kurang
Ni saiz standard. Too big for me. Rugila jelly bean aku :p. Nak carik saiz sampling cup ajeh. Huehue



nice!

Cake Topper!!

Saya mau cake topper!
Figurines? 




Monograms?



Weird/ Unique/ Other-worldly Cake topper?









Or I should just go with my theme? Butterflies!!





<3 this!
Weeeee!!!!

Guestbook



Perlu kah? Orang kita tak familiar lagi kan dengan guestbook2 neh. At least kena ada 'penunggu' barula guests sedar kewujudan guestbook corner aku nanti. Sapela bakal jadi mangsa aku neh. ohohoho *evil thoughts*

Ni la yang orang kata jayet baju tak ukur badan. Tak padan tade bajet nak wat grand2. Well! My day my way occay~ huh.

Tetiba nak sentap lol.

Anyway, location untuk guestbook corner aku nanti dah ditentukan. Kalau wat kat umah aku nk letak kat pintu masuk. Telah2 la orang nampak kan. Haha. Gila kuasa neh. Tapi kalau wat kt dewan tatau agi ah. Nak wat kat dewan mana pon tatau lagi. Dewan kilat or dewan sivik kt arau nun. Hurmm.

Tu belakang kira, macam biasa, khadam terbaik aku dah kasik few ideas of guestbook, of course la aku carik yang simple cepat dan berkesan. heh

Tetapi, guestbook bukan sekadar datang sign nama ye. Ingat kedatangan kolej kepe. Harusla ada well wishes ke advice ke amaran ke. Motif amaran?

D.I.Y Centrepiece

Okeh! As previous entry kata ada idea baru untuk centrepiece maka disini saya akan mengotakan janji-janji sayew~

jeng!
Jangan lupa Read More !


D.I.Y Paper Carnation

Trulu~ setelah berhempas-pulas *konon* carik diy paper flowers neh, bliss! ada few types of paper flowers' tutorial. Comel memang sangat comel. Tetapi mengenangkan aku kena buat beratus-ratus kuntum maka alahai~~~ maleh la makk~~

Maka pencarian diteruskan untuk tutorial paling senang mudah dan cepat :p hasilnya? paper carnations! yang lagi best sebab dia dah merimbum jadi takyah la perlu banyak kuntum kan? kohkoh

Tutorial credits to Folding Trees!

ni hasil folding trees!
Sila klik Read More ya!

Wedding Veil

Alkesah veil ataupun nama melayunya layah nei.. aku ingat nk pakai time sanding je, sebab tengok baizura kahar tak pakai pon time nikah tapi sweet je =D


Tapikan, enchek gugel ni sengal. Tah camne leh timbul gambar veil time surfing tu tah pastu terus berkenan di hati ahaks. Sebab ingat nk pasrah je sewa kt bridal. Tapi bila tengok tutorial b2b lain diy cam senang je pehtu kos pon tak banyak kan. Maka timbul la urat diy aku. kehkeh

Anyway, veil yang aku berkenan ni jenis cascade ataupun waterfall. Tapi sebelum tuh meh nak tunjuk few types of veil yah.


White Paper Bag Lagi!

I've been on the quest to find the paper bag since the beginning of time. ok tipu :p Rupanya susah carik barang ni kan.

Mula-mula ingat kat northern region tadek suppliers untuk paper bag. Sebab malas ronda carik. Harap enchek gugel je memang la tak jumpak kan :p. So bila Cujen war-warkan yang dia dah jumpa paper bag teruja ya amat la kan.

Dapat quotations, dengar postage fee mahal berlengah la skejap dengan harapan jumpa yang lain lagi murah kan. Memang betol! Bak kata pepatah "good things comes to those who wait" ngehe. Jumpalah satu kedai lain dekat opis time kerja sana dulu. Cheaper yep. Postage pon tayah kan. Sebab memang lalu situ. Tapi jodoh tak panjang dengan opis sana da berenti. haha. Lalu malas la nak tanya sebab tau dah postage fee kena tanggung. ye aku kedekut.

Then, jumpa seller dalam Facebook. Sorang mahal gle. 100pcs RM40 (satu 40sen ye). Those yang rajin google memang akan jumpa. Sorang lagi murah! Satu 15sen je! Maka dengan terujanya aku pon tanya la berapa + postage semua. For 500pcs RM75 + RM15 postage. RM90. Boleh la kan. Tapi sebab aku nak tunggu next month punya gaji baru nk purchase so aku carik je la supplier paper kt mesia neh. Lagi banyak option kan lagi bagus? hehe tapi tak apply untuk semua segi kehidupan ye.

Email la aku semua kilang2 tu. Ada yang tak pos ke Alor Setar, tade transport katanya. Ok la. Ada yang tak reply langsung. =.=" bisnes bagus kot sampai tak sempat online =D.

Bunga Pahar

Memula nk DIY. I'm a DIY bridezilla kan. Sebab semua bunga telur kat kedai tak cantek!. belagak kau ye.

Maka carikla tutorial bunga telur. Disebabkan aku da start wat paper carnation, maka ingat nk wat bunga pahar guna bunga tu je la, lebey kurang akak ni punya tapi taleh meriah sangat tade bajet heheh.

Bunga telur

Jumpa yang jenis gantung, bekenan jugak. Kenala ikut trend jugak kan? kehkeh.

Rosenani

Rosenani

Tetiba enchek google tunjuk gamba neh plak. Nice jugak. Cari cara nk gulung dawai tu tapi tadek. Tengok kat kedia mahal plak RM2.50 satu. T__T. Tu baru sangkar, blom kira bunga, manik, kain net, telur blablablabla. ye aku kedekut sekian masheh.

Hantaran Nikah: Toileteries

Yeeeaaahhhh!!!! Keterujaan tahap langit ke sembilan!!

Semalam g Alor Setar Mall. Bonda pesan day cream Wise Woman dia kt Body Shop. Kelakar. SA bagitau range tu da stop production. haha nampak sangat berkurun tak g. Tapi bonda pon pakai jimat sangat. Berbulan-bulan baru nak abes lol. Last skali amek Natrulift. Lebey kurang gak tapi murah sket. heh

Anyway, nampak satu range baru. White Musk Blush. Actually ada promotion. Lotion + Shower Gel + EDT + bakul = RM150 je! Memang chenta pandang pertama ah. Tapi aku kurang berkenan kat promotion tu sebab bakul tu besar, so barang tu tenggelam kt dalam. Product tu seniri chantek ok! Warna purple ( dah memang warna kefeveret aku kan) and? ada butterfly!!! SA tu siap tambah mini carnation lagi kat dalam. Memang aku puas ati ah.
 

sila tengok dan teringin. =D

Wedding Favor For Children : Part II

Referring to my previous post regarding wedding favor gift for children ada satu idea yang terlalu-amat seswai sehinggakan mentol otak menyala tahap 8kilowatt ok.

ini dia!! mini pail!!

Kan? Seswai amat untuk jelly bean n lollipop!! weeheee lalu pencarian bersama en. google bermula lagi..

.........................

Wedding Favor For Children

Oh. Baru terlintas dalam benak sanubari yang kanak-kanak bakal 'menceriakan' my big day nanti. So I thought of giving them something else instead of my paperbag favorgift.

Sebab?

Dari pengalaman menjaga sepupu-sepupu, dan kanak-kanak yang sewaktu dengan mereka, korang mesti tau betapa cerewet kebanyakan mereka ni kan. uh-huh.

So kebanyakan masa aku ikut mak sedara aku pegi kenduri /babysitting (aka bibik) doorgift yang budak-budak ni dapat selalu buang camtu ja lepas derang gigit sekali dua. tch.

Jadi untuk tidak merugikan sumber-sumber makanan yang aku kira nanti akan agak terhad baik aku bagi benda yang konfem derang makan sampai habis kan? Or maybe will ask for seconds! :p

Jadi? Obviously sweets! Semua orang pon suka kan. Tayah kata budak-budak orang tua pon sama la hehe.

Setelah pencarian selama beberapa jam bersama Encik Google...

Wah! Meriah gla favor gift untuk kanak-kanak derang! Coloring book, sticker, mainan, puzzle! n etc3 tapi ni sebab derang ada tentative majlis. Majlis kita pulak guna sistem e&g : eat n go. hoho so tayah la buku warna2 ni kan. :p





Selamat Hari Raya!

Selamat ari raya~ maaf zahir dan batin hehe

post paling pendek abad ini. maaf lagi skali :D