D.I.Y Sireh Junjung

Aku kena wat esaimen ni senarnye. Sabtu ni due. hokhok tapi otak taleh focus sebab nk update blog. >D

okeh! setel ni pastu wat esaimen. kot.

Alkisahnye sireh ni last minit. Sebab siyes kekeringan idea. Mula nk guna daun sireh betol, tapi makcik supplier yang sponsor daun sireh time tunang aritu tadak p umrah. Nak cari satu hal la kalau dah duduk rumah taman kan. So kiv la dulu. Tapi memang bajet nk wat last skali, yela dah nak guna daun betol, nanti wat awal2 lebam pulak sireh aku huh

Cari2 idea dan terpikat cenggini:




 sireh ala2 bouquet kan. ah nak bouquet aje bajet mat saleh pe huh

Tapi last skali pegi rainbow bli daun plastik tuh akakaka. Cantik pon cantik, dan memang takkan lebam sampai bila2 haha

Oke first skali nk mintak maaf. Gambar step-by-step memang tarak.

Base dia memang buat aku awal2, tapi tak amek gamba sebab kalut ngan doorgift. Top dia pulak buat malam sebelum akad nikah. Nguahaha. kalau tak jadi memang bagi foam tula kt mak mentua aku suh gubah snri wakaka ok buruk prangai.

tade rupa bouquet langsung -.-"


Oke, nak cite satu2. oh ye, aku balut daun je, gubah bunga adik aku buat~

1. Foam bulat (beli saiz 11' kot). Balut ngan daun sireh, tutup keliling. Macam gamba bawah ni (usha tapak dia sahaja).
Aku tak guna gam, cucuk daun ngan jarum peniti jah heh.


2. Refer balik gamba sireh aku. Yang tengah pon sama, balut foam ngan daun, kali ni aku recycle foam kecik dari kaki dulang hantaran aku dulu. Daun tu susun agak boleh cover keseluruhan foam, tapi tak la, so adik aku gunting daun bagi nak cover jugak tamau nampak putih2.

3. Susun! Pernah nampak bunga tu? Bunga hand bouquet aku lew, lebih2 guna jela haha. Bunga lekat guna hot glue, sebab stem dia tebal lalu jarum peniti taleh cucuk. Gile kental.

Ah. OP aku tak amek gamba sireh aku. Samseng btol. In fact, gamba hantaran aku dia amek berapa kerat je pon. =.=" nk wat camna, bukan aku leh cek camera dia tiap kali snap kan. haiyaa

D.I.Y Cascading Hand Bouquet

Wargh! lantakla gamba dulang takdak. meh nk tayang cascading hand bouquet aku. buat snri mak nok. tak tdo smpi pagi haha

itu ari dok meroyan nk hand bouqet jugak2 macam sini

so carikla serata pelusuk negeri. region utara jela tak kuasa nk p kl lol so memula jumpa la kt rainbow jln langgar tu tapi tinggal dua which is obviously tak cukup dan harga pulak mahal (bunga apa tah tak la cantik sangat pon huehue ) so kiv, ronda2 ngan bonda pegi area2 tesco mergong, ada kedai wan hantaran kot. hoh! ada horked pepel! tapi bila combine2 mcm tak brapa ummhh plak. maybe sebab bentuk kelopak dia kot. (nk tunjuk gamba aku tak ingat dah apa bentuk dia sorry!) so kiv jugak tuh.

so balik la arau, time tu sebab nk setel dewan kot? tak ingat lol, jadi ronda2 kedai hantaran kt sana, apa je yg ada pon, rainbow je lol, pegi rainbow seriab, ada bunga! rainbow arau tarak oke.


tara!! pegi sana sebab carik bunga manggar kot asal tu heh. biasala carik lain dapat lain. sebatang berapa tah, dekat rm10 gak kot satu sebab ingat lagi kira2 total dekat2 rm70, huhu ngengade kan nk cascade bagai. rm70 tu bunga aja okeh, bouquet holder tu beli tempat lain. rm5 rasanya.

sebek bunga plastik, tahan lama sket walau rm70 pon. skang jadi almari-topper aku a.k.a pengumpul habuk yang cantik kihkih

ah. meraban no1.
step-by-step tadela sangat. bagi outline je okeh? b2b suma kan genius bab2 kawin ni so u guys figure it out ye >D

reason aku amik dua kaler so that yg light purple tu as accent la, kalau satu kaler tak nampak 3D la bunga aku. nampak cam wallpaper je heh

okeh. step 1. beli bunga. oke. hehe yela lepas tu bogelkan bunga tu ye, buang daun2. melainkan tema korang hutan belantara boleh la include daun2 tuh. (dalam gamba atas tu aku da bogelkan. daun+batang yg telebey panjang tu kt tgh2 )

step 2. disebabkan aku nk cascade dia labuh (ngan harapan cecah lutut aku la kan ) so aku combine dua tangkai. refer pic. satu batang ada dua tangkai. potong. cantum.

 

cantum tu pulak, bukan hujung ke hujung. sebab dia orkid. so dia jarang2, cantum bagi tak jarang. haha paham? kalau nk buat seribu daya ye dak? heh tgk la gamba. adik aku da malas nk layan so dia layan mubi sambe makan megi. dem.


step 3. attachkan tangkai atas kt bouquet holder. pastu tambah la kat tepi2. kalau masih nampak jarang. potong sekuntum2 masukkan kt tempat yg rasa jarang sampai la puas ati..

step 4.  siap! test la kat baju. kt dinding rumah etc. time snap gamba ni 5 pagi. adik aku masih setia menunggu. tengkiu adikku muaxx.



ah. cerita baju. plan asal akad nikah putih, kenduri purple. tapi maknya tu buat yg bju purple tak mengikut kehendak bridezilla ini maka sebelum bridezilla bertukar, tukar jela baju~ hue

aa OP da bagi cd.. meh nk tayang hand bouquet in action. hikhik

dalam gamba jadi pink pulak bunga aku. sentap sebentar.

uhmm kalau korang tgk muka aku macam familiar, wat2 tak kenal dah la ek. nanti aku segan nak mencarut dalam ni kalau ada orang kenal aku. lolol.

p/s: tengok2 balik tarikh gamba, rupanya aku buat bouquet ni 2 hari sebelum akad nikah. korang jangan ikut contoh ni ye. buruk perangai. sekian

OH WHY??!!

Bijaknya akuuuuuu!

Draft utk post diy dulang hantaran dah ada, selak2 folder nak attach gamba sejibik pon tarak! bayang2 pon tarak! warghh

Tolong..

Tolongla jangan period.. tolongla pregnant..

Assalamualaikum. Hai.

Buruknya perangai. Blog bersawang. Buka blog sebab nk kawen ja ih2 ketuk ketampi sket.

(sorry takdak wedding review-nak tggu gamba dari OP, tp tak dpt lagi. mungken dia tggu aku ada anak dulu kot. lol )

Sorry kalau TMI ayat pertama tadi hihi walopon tak sampai setaun kawen, memang aku dok tunggu anak, jadi bila bulan pertama tak jadi, okla mungkin salah timing :p, bulan kedua tak jadi.. hmm pikir balik apa tak kena.. bulan ketiga.. bulan keempat.. mak da tanya.. tu pon sebab jiran baru kawen lepas raya da ada isi, aku kawen sebelum puasa lemak ja bertambah.. mula la nk panik!!

so try la petua member pejabat, minum air rebusan serai wangi tapi pantang dia taleh makan pisang, nangka, dan cempedak, first month ikut petua dia menjadi (period datang exactly 28 hari, oh ye cycle length aku panjang, 30 hari ada jugak sampai 40 hari huhu ), thenn... bulan kedua terlanggar pantang kuang3 kerepek pisang weiiii sedap nak mamposs haha so tak ikut la aku pantang tuh.. lagipun tak lalu la air serai wangi tuh wekkk

mak mentua tatau cita penuh..segan nk cite hehe. dia ingat aku senggugut teruk ( memang la jugak ) so suh aku minum monavie, minum la aku dengan istiqamah nya pagi-mlm pagi-mlm, abis sebotol segan pulak nk mtk botol baru, dahla seratus lebey mende alah tuh, so berenti la.. sengal kan..

then baca dekat facebook, ada orang promote vitamin dari shaklee- GLA complex, ramai makan tu period teratur, dan tak lama lepas tu ada isi! so tanya kt hubby leh dak nk beli vitamin ni.. dia cakap ok.. tp bulan depan la ( tunggu gaji la kan heh ) tapi aku tak saba so korek duit simpanan mebeng aku tuh order la kt membe ni.. istiqamah la makan. yela sebijik sebelum tido je pon, sambe potpetpotpet kt hubby pon leh makan ngeh2

tapi penantian masih belum berakhir, memang penantian tu satu penyeksaan.. haih..


Al-Fatihah..

Tok ayah dah selamat kembali ke rahmatullah 16.ogos 7.15 pagi.. al-fatihah..

just like my cousin said " taun ni tok ayah raya dengan tok..lama dah dia raya ngan kita.. :'( "

Tok Ayah masuk ICU

That been said, we've been 'berkampungan' kat sini for about a week now. This morning he got worse and had to hook him up to the machine.

and to make things worse, doctor said 'don't expect anything even-though hes stable for now'

:'(

Yaasin....

Yayyyyy~~~

Dah kawenn!! gehehe

majlis bertandang minggu ni then pergi honeymoon kt Medan~ hakhak jgn tanya kenapa Medan, orang nk bawak pergi ikut ajo~

ciaw~

D.I.Y Flower Girl Basket

Maksu aku have been hinting for this since hari bertunang lagi. Jadi untuk tidak mengkecikkan hati aku buat jela bakul untuk kanak2 itu walaupun potensi mereka tanak jadi flower girl adalah tinggi hokhok. Kalau ada lagi bagus kan? So here goes.

Bahan-bahan:

* Bakul (bonda punya)
* Floral tape
* Riben
* Kain ( 2 keping for each basket)
* Crepe flower ( tutorial sini )









D.I.Y Wedding Invitations Part II

Sambung part I aritu walopon kad da separuh dipost. kohkoh

1. Map ahernya siap. Nasib baik trial period visio tak abeh lagi kohkoh. Harap2nya sampaila orang nanti kat knuri aku.




2. Ikat ribbon~ 


3. Envelope! Masaelah la kan sebab tak survey dulu seblom buat. T__T jadinya envelope tu panjang telebey-lebey. Lihat gambar sebelah kiri. So cambiasa penyakit obsesive-compulsive disorder aku menyerang lalu teroter la envelope bagi saiz cun2 ngan kad. Lihat gambar tengah. Baru puas hati! Memang gigih.

Tapi FMIL tengok kad pehtu dia kata dah cantik tayah envelope pon takpa. ohoho~ kembang setaman sebentar



Simpan dalam toyogo ready untuk disebarkan. =D



p/s: ada janji nk  bagi template kan? hehe nenanti leh tak? siyes tak sempat ngehe

Updates!!

I have exactly one month before the wedding! warghh

Less than one month la to prepare kan since takkan pagi kenduri masih nak gubah centrepiece? hadoii

ok update secara pukal.

baju nikah & kenduri siap.
kasut kenduri ada. kasut nikah lom lagi. T_T
kad kawen siap. *gamba post nanti ye*
bilik dah cat.
langsir mak jayet baru *gigih jugak orang tua itew~* 
katering da konfem.
op da konfem.
mak andam da konfem.
dewan da konfem.
cincin dah beli!! tu yang paling penting. *ada drama sket pasal cincin ni tapi serius taleh nk cerita skarang hukhuk*
apa lagi tah yang dah. tapi kebanyakan nya aku buat sket2  hurr
 
haiyoo paper bag lom print abes lagiiiii

ok nanti sambung lagi. harap bukan lepas ada baby * oh da galak ye* ahaxx



D.I.Y Wedding Invitations

Update post aritu~~

Cardstock da potong sepeket. maknanya dah ada 200, 100 to go~ potong manual occay. Cutter yang digembar-gemburkan was nothing of help at all. Menjahanamkan kertas aku adala. Sebek test dulu huh.

 hebat kan XD

D.I.Y Paper Bag

Sesi printing 'thank you' berjalan dengan lancar walopon prototype agak tak menjadi. Print terbalik!! agagaga klakar bodo.

This is what happened.

Aku da set da nk print. So print je la kan nk pikir apa payah2. Letak gambar, setting baek punya, letak paper bag, click print je la. Sekali hamek kao, dah la terbalik, alignment pon lari. wakaka bengong btol. dah rugi satu paper bag T__T


mangsa kejadian


Pastu aku pikir kalo nk betulkan paper kena terbalikkan. means aku kena tape dulu bahagian atas paper bag baru tak sangkut printer. Tapi malehla pulak kan. So aku terbalikkan la gamba seblom print! Hakhak bijak tahap melampau dah. hinshins

tarraaa~~

Inilah hasilnya~~ ni baru 30.. 570 to go~~ Guarghhhh


Nanti sambung lagi yarrr

Printer Baru!

Ingat kah anda tentang masalah problem gua tempoh hari? Sudah diseleseikan~ Yakni beli printer baru!! hakhak whatever la maleh nk pikior dah. 

Anyway dah start sesi print memprint! Review pasal paper bag nantila post lain nak bagi complete dulu occay~

till then..

Panic Attack?


Less than three months to go. Banyak jugak menda dalam checklist tak cross lagi. Guarghhhhh

Masalah Problem!

Adeh!!! Printer lak wat hal. Semua kedai tak jual refill ink aku. Sedey btoi. Mentangla printer kuno. Haih. Ingat nak install ink jenis tank tuh. Yang gedabak pelekat tepi printer. Burok benau tapi redha la dari taleh guna langsung. Hais!

Selagi tak ber'ink' selagi tula tergendala kad kawen aku dan paper bag aku. T__________T

Hantaran Nikah: Make-up Set

Yay!! maksu aku sponsor make-up set! Gehehehe mula ingat nak borong barang Elianto aja dah memang aku pakai itu. Tetapi rezeki jangan ditolak hehew~~ ok sila tengok dan teringin XD


tadaa~~ ada blusher, eyeshadow, lipstick, lipgloss, yg satu lagi tu tatau la kebenda and make-up pouch. hiks
So lengkap la sudah list untuk hantaran aku~ sireh ngan chocs nanti awal Julai baru buat~~

Freedom!!

Yaaaayyyyyyyyy!!!! Exam abess!!! Leh kawen daaaa weeee~~~~

Aduh.

Panjangnya to-do list

Nangis panjang dulu

T_____________________________T




p/s: peningla blogger baru nei adoii

Hand Bouquet

Teringinnya cascading bouquet!!!



Cantik kan? kan kan kannnnn nnnnghhhh

Updates!!

Ok update secara pukal.

1. Dewan da booked. Bukan dewan sivik Arau yang diwar2kan itew. Ada mak sedara bagitau dewan SMK arau lagi murah. RM300 aje! Memang berbaloibaloi memandangkan dewan sivik itew RM1000. hakhak

2. Katering da book jugak. Sabmi Catering RM6 satu kepala. Tambah RM3/pcs untuk the rest of chair covers (yg selain meja VIP tuh)

Tapi catering yang sebelum Sabmi ni lagi kelakar. Harga sama la RM6 sorang tapi kalau nak tambah (means nk suh dia masak lebey) kena bayar lebey dan minimum untuk 300pax, ok fine, lauk 3 jenis je, nak tambah kena tambah  duit lagi, pastu dia leh siapkan meja pengantin, okla jugak, tapi aku tengok album2 derang tu.. astaga tak berkenan langsung. Bila aku mintak nak all-white je leh assistant dia tu buat cam aku nih tareti kebende. Tak abes2 ulang ayat "kami ni main kaler so kaler pengantin tu naik" well duhh!! tapi mata aku dah nak berdarah nengok album derang so.. blergh..

3. Borang kebenaran nikah dah dicop. lol padahal kursus kawen tak amek lagi. Senarnye pegi jumpa tok imam tuh sebab nk tanya je prosedur nikah kt Perlis ni macammana sebab aku duduk Alor Setar nk nikah kt Arau dan incek lebah kariah lain. Ha pening kan? kohkoh

Tok Imam britau memandangkan aku ada tok ayah kt arau, so guna alamat beliau jadi terisytiharlah aku anak kariah arau dan bolehla menikah di masjid arau. wee~~ dan sijil kursus kawen, ic wali saksi bagai nanti bwk bagi tok imam tu balik nk cop pengesahan.Walhal borang kebenaran nikah aku dia da sign siap. =.="

Yang encek lebah punya, tok imam tu cakap kena setel dekat tok imam kariah dia plus other things la, surat akuan bujang etc. Tape tu nanti pon tape.

4. Baju nikah n reception. Kain dah beli n dah antar tailor. Tak jadi la idea gila aku nk jayet baju snri hee. Baju bertandang? Mula-mula FMIL nk suh pakai baju ijau. Not that I have anything against that color, but I dreaded the idea of looking like a pokok pisang. *harap paham ye* So I managed to persuade my honey bee to re-wear our nikah outfit cuma tudung aku pakai kaler ijau la untuk menyedapkan ati mak mentue hehe at least dah tak jadi pokok~  mungkin nampak cam ada lumut kt kepala aje >D 

5. Kad kawen tade progress lagi sebab kena tunggu install ink printer dulu.

6. Favors pon sama. Nak print 'tq' kt paper bag tu dulu baru boleh maju kedepan.

7. Mak andam? haih. Mak andam nei masaelah sket. Ingat nak amek je 'akak' Nora kat umah encek lebah tuh, tapi memandangkan dia refuse untuk mendengar input2 dan keinginan aku *bridezilla mode* jadi nak p survey 'akak2' lain dolu.

Iyolah dogil bonar, tanya aku tema warna apa, aku cakap purple, dia nak buat meja pengantin pink purple. Tema aku purple turquoise occay! Pastu aku cakap nak purple putih, putih semua pon takpe. Dia cakap purple gray la then trus potong cakap aku. Marah sebentar. grr

Dahla tu, belagak semacam. Yang layan aku assistant dia, bukanla aku ni diva kepe nk red carpet bagai, tapi nora tu sendri ada dlm kedai tu tapi tengah 'tido' penat mekap orang. Kalau korang rasa cam mana? Dahla time mekap nanti kena pegi kedai dia. Its a 10-15 min drive tau tak dari Arau nk g situ. Better la aku tengok yang dekat C-mart tuh. Dekat je ngan umah tok ayah aku. Jalan kaki pon boley tapi tanak la nanti peluh ketiak huehue

8. Hantaran aku barang tinggal set make-up aje, maksu cakap nak sponsor~ yang encek lebah banyak agi tade. Bajet dah keringkontang neh. uhuk2

9. Oh. pasal duit maskawen. Aku ni dari tunang aritu lagi bercita-cita nk gubah duit maskawen jadi ros2 tuh. Tanak la letak cek bodo dalam frame. Tapi telah divetokan oleh bonda dan FMIL. hmpf tak vogi-de-vass la gambar aku nanti :/

10. Pasal tukar barang hantaran. Ni pon jadi kes. Adoi. Aku nak senang je. Tukar time akad nikah. So lepas tu tayah pikir mende dah. Tapi FMIL tanak pulak. Dia nak aku bawak hantaran utk encek lebah time kenduri bertandang nanti. Adoii tak merasa la nak tayang hasil gubahan aku dalam gamba.

So my devilish brain came up with a plan. Aku siapkan sendiri barang aku then bagi kt derang so derang bawak masuk dewan hantaran aku yang aku gubah! yes! bridezilla mode is totally on! So barang derang, aku bagi, derang gubah then bagi balik before bertandang untuk kami bawak nanti. Confusing? yes. Tapi aku tak kire. Gubahan aku WAJIB masuk album. GRR.

11. OP. Dia ni pon satu hal. Susah benar nak contact. Padahal every 30min update facebook. Haihs. Since dia ja yg available+berpatutan *cheap* so redha lah!

D.I.Y Wedding Invitations

Okay! Finally dapat jugak finalized wedding invitations. Almost free plak tuh. kihkih.

Anyway, kad kawen nanti will consists of vellum/tracing paper, card stock and ribbons. Weeeee!!

Ni lebey kurang la cecontohnya







Finally!

Finally some closure!

Akhirnya ada jugak tarikh kenduri. Haih lega la sket. Takla annoyed sangat orang asek tanya bila nk knuri bila nk knuri grr ingat knuri macam bli ikan kt giant ke huh

According to the ticker I have 4months left! wargh semua benda tak buat lagi nei. Final exam plak bulan ni uhuk2.

Wish me luck ya!

Checklist: 4 Bulan Sebelum Majlis

4 bulan sebelum majlis:
(Last update: 15 March 2012)


  • Sediakan persalinan untuk:
Status: DONE!
Parents:
Siblings:
  • Pilih cincin perkahwinan
Status: Done!
Wedding ring for her
Wedding ring for him

Update: Wedding Favor For Children

update post aritu

Untuk favor budak2 aku wat 200 saja. Toilet paper roll dah ada 150pcs~ sket lagi.



Paper Bag : Update!

Hiya!! Ingat lagi post pasal paper bag putih? well, dah order dan dah dapat! Sangat pantas pulak tuh service. Arini bayar esok sampai. Poslaju pon tak selaju tuh =p

Anyway, mula ingat nk order 500pcs je, tapi da bonda mcm tak sure berapa ramai nk panggei nei so aku order 1000 trus. RM105 termasuk penghantaran! kihkih.

Oh tapi, kepada yang nk order, dekat company ni paper bag putih ada satu jenis dan satu saiz saja. (yela sebab dia aja yg bg minimum order 500 pcs, company lain kurang2 2000pcs. huu T___T )

Ukuran dia : tinggi: 19cm, lebar: 12.5, tapak 6.5 camtula. so kecik aja. (bayangkan kertas A4 bahagi dua. lebey kurang tu la saiz dia)

Finally~

I think that the elders (lol) have come to realization that my fiancee and I dah meningkat tua. Yalah, my better-half dah thirty, aku memang dah hampir ke situ dah. ahaks

So tempoh hari waktu bertandang ke rumah future-in-laws (with my mom of course. takkan nak bincang ngan aku lol) so even though exact date blom ada tapi around June la wedding tersebut, dan paling latest July for their side.

Baru boleh menarik nafas lega. Tapi taleh lepas habes lagi. Tarikhnya nggak ada! tak sesabo ko ye kihkih tapi bonda ckp mungkin hari cuti Israk-Mikraj tuh. I can only hope. *sigh*

...So aku proceed jela order barang2 yang patut. Check balik checklist etc2..

Update berita terkini sket alang2 hee

Untuk bantal dulang hantaran tuh, kain da siap potong, tak jayet lagi. perhaps kena beli kain untuk lining. aku dah tanya kain muslin, but all they did was stare at me like I was speaking Klingon. guhhh bila aku explain usually untuk sarung bantal (palatao je neh) they ushered me to the bedroom section. hmpf tapi tadek hasil jugak. mungkin aku patut mintak je cotton lining. lol

Collection toilet paper agak memberangsangkan (do i spelled it right?) another 46 out of 100 to go (satu roll kecik dapat dua basket). Since umi ckp kids favor wat dlm 200 tu molek la considering bonda ckp invitations untuk 500-600 org. Kalau lebey sapa batch last2 tu dpt la banyak sket kehkeh.

Order untuk white paperbag 1000pcs dah pon proceed, tapi sebab raya cina maka puan dealer tuh tak reply email lagi.

Lagi.. oh esok mungkin nk pegi cekidaut dkt Pekan Cina cellophane bags, dah dpt idea untuk packaging kids' favors nanti.. so generally lebey kurang la dengan adult punya =D

urm.. pasal hantaran pulak.. towel untuk si sayang da kirim sama adik, toileteries kena tunggu body shop wat sale dulu heheh lain2 kena tunggu gaji la jawabnya~

till then~