Wedding Review?

Aku macam pernah nampak B2B buat wedding review ( time tu dah jadi bride la kan heheh).

Perlu ke? Kalau aku review tak jadi review, jadi sesi kutukan dan umpatan.

Yang penting, aku memang tak puas hati ngan orang katering. Malas nk sebut nama, kalau baca post awal-awal tau la katering mana aku amek.

Meh nk 'review'.

1. Sombong.
Disebabkan majlis aku kecik. Order under 1000, layanan macam aku ni nak mintak sedekah.
Call tak pernah nk jawab. Bila aku nak tanya pasal boleh ke riben kerusi tu dua warna, suruh aku pergi sendiri kt tempat derang untuk 'bincang'. Dah sampai sana, mamat tu tade (pahamla kalau sibuk), bila dia sampai aku tanya menda tu, suh pegi tanya orang opis. wadahek? dahla cakap atas moto je.

2. Wat palatao.
Aku mintak backdrop warna dark purple/turquoise. 'akak tak pernah dengar kaler tu dik' so dia memandai2 amik warna plum ngan light purple. Tapi nasib baik dia call dulu bagitau, so dengan segera mode bridezilla aku datang dan aku pergi terus butik dia. (Aku amek pakej hias meja makan jugak dengan derang ni.)

Naik berbuih mulut aku cakap wedding dress aku putih. aku TAKNAK backdrop putih. susah ke nak paham? boleh keluar ayat apa dekat aku? 'dik..putih tengah in skang, memang untuk pelamin ke meja berhias ke guna putih' memang la aku tau, tapi paham tak baju aku putih. sia-siala aku jadi pengantin kalau tenggelam dengan backdrop.

last2 tu aku dah nak tinggi suara, dia pon dah malas, aku cakap skang ni akak guna je kain plum ni wat backdrop, light purple saya taknak sebab family pakai warna hijau turquoise. abeh kt situ.

** tapi dia letak jugak kain putih dan light purple tu. haih. kerusi putih! tapi kerusi aku abaikan je sebab kerusi pengantin mana ada kaler lain. huh tak putih kaler krim. tch

dahla bagi centrepiece bunga tah hape warna macam bunga dah mati je. wargh!


pastu janji nk g siap dewan ari jumaat petang (dah dewan sekolah nama pon, kenala tunggu skola clear dulu kan)

2.1 memandai-mandai lagi.
dah janji nk datang pasang backdrop ari jumaat petang. khamis malam mesej dekat aku nk pegi antar meja. arghh!! stress aku. aku msg tak boleh sekola ada penyampaian adiah. reply ok. tup2 mlm tu jugak letak meja kt sana tinggal. yang backdrop datang pasang jumaat pagi. janji haprak btoi. nasib baik cikgu yang bagi aku sewa dewan tu tak marah. huh

3. persiapan makanan.
makanan dah sampai awal kt dewan, tengok2 tak hantar air. mak aku bagitau derang ni siap wat dek ja, masing2 tamau bertanggungjawab. last2 mak aku kena kol belah laki datang lmbt skit sebab nk siap kan air. derang caj pulak mak aku sebab suh angkut air. noharom btoi.

4. layanan meja beradap.
pengantin makan beradap, makan sendiri. ye korang baca tak silap. tade orang nk serve kt meja pengantin. last2 maksu aku amek alih keja taruk nasik ngan lauk. aku memang hangin dah time ni.

time potong kek pon camtu. kami da siap makan, meja tak diclear lagi, sampai kena panggil, sampai maksu aku yang tolong clear meja. wadafak btoi la katering ni. maksu aku siap warning budak-budak tu nk cakap dengan manager. apalagi muka macam taik la sekor2.

dah abeh potong kek bagai (kol 4 camtu) budak-budak tu tak tunggu dah. clear abes suma, meja kerusi kain2, padahal ada lagi orang dok makan. memang binatang-haram-disentuh sungguh la

pastu malam2 skit mak aku cite, backdrop aku tu derang pasang senget kot lalu jatuh. mintak tolong budak2 ni betulkan. mak aii srupe macam suh basuh berak anjing je muka. argh

pendek kata. katering tu aku tak puas ati langsung. lauk pon tak sedap. sekian!

No comments:

Post a Comment