Twelve Days To Go!

Selamat hari Isnin~ arini rasa gembira bercampur aduk dengan mengantuk sebab makan nasik lemak n bihun tadi. ok tak relevan. 

... ok boleh terlelap sambe menaip. sat p wat neskapir

ok sambung

Lagi dua belas ari kat sini ahaxx campur arini la. baju-baju dah weekend lepas aku bawak balik. tinggal mana yang nak pakai untuk dua minggu ni saja and a few barang dapor dan jugak peti ais. mati nak angkut bawak balik T_T

oh and 1st May nnti InsyaAllah my first road trip dengan my better half! Road-trip la sangat haha. pegi Kelantan je pun kenduri bestfriend dia. Baru ingat nak ajak dia g snorkel dekat Pulau Payar. oh well simpan untuk honeymoon jela hee~

update keadaan di opis:
sorang lagi staff nak resign. tau apa soalan si separa bos tuh? instead of tanya sebab apa nk resign ka nk pujuk stay ka dia leh tanya "brapa lagi utang dia dengan syarikat?" tch memang dasar tok arab huh. yep dia orang arab. and yep staff kt sini leh wat loan dengan company, 0% interest haha. rela korang amek? she will trade your soul for that. lol

anyhow i felt pity with the bosses here. sorang bodoh sombong. sorang lagi macam lembu cucuk idung.
oh well..lagi sebelas ari kt sini. misi donlod mubi sampai lebam. hiks

Lady Morgana's Costume

Aku baru tengok Merlin. Season 3 la, tadela slowpoke sangat occay bwahaha dan costume Morgana memang slalu jadi belekkan aku. sangat suka oke!

tapi season ni costume si Morgause pon da naek taraf! tetambah yang merah tuh arghh rasa macam nk tukar wedding theme jadi merah je haha ok tanak. sebab aku da nampak Morgana pakai dress purple inner biru! guarghh screen caps tak banyak utk dress tu. huh mana yang aku jumpa ni korang tengok la ye hee

*salivating*

Checklist: 7 - 5 Bulan Sebelum Majlis.

7 - 5 Bulan sebelum majlis:
(Last update: 25 March 2012)


  • Menghadiri kursus perkahwinan
Status: Done!
Ms. P: Done!
Mr. A: Done!

  • Memilih MUA
Status: Done!
Nikah: Nora
Reception: Nora
Bertandang: Nora

  • Memilih Photographer / Videographer
Status: Done!
Nikah: ameeri
Reception: ameeri
Bertandang: n/a


You're Incinerated!

Haha! Kalau korang tengok bedtime story korang taula apekes dengan perkataan tuh. :p

oh bermula Mei 2011 dengan rasminya aku bergelar sebagai penternak anggur ye rakan-rakan. Kalo duit nuffnang boleh sara idup aku kan senang? jadi silala pegi click nuffnang aku tuh hehe

Kalo cerita dari side aku semestinya aku tak salah. kan? haha tapi aku mengaku la salah aku jugak mulut lebih laju dari otak dan tak propesenel. Tapi dengan bos yang tak matang, bini bos yang palatao dan anaknya yang tengah going through puberty skang memerintah opis kalah komunis cemana aku nk propesenel? huh

Wedding Stationery

Aku suka belek-belek wedding stationery. Nampak coordinated dan jugak secara tak langsung guests boleh tau apa tema majlis kita. ada ciri-ciri pemberita tak :p

Ni complete list untuk wedding stationery. Credits to Crafty-Fox

Crafty Fox

Aisle Runner

Memandangkan aku da decide nak buat kat dewan, carikla aku cecontoh design pelamin dewan hiks. tapi macam biasa lain yang dicari lain yang aku jumpa heh. apa itu? Aisle runner! instead of red carpet yang takkan masuk dengan tema warna aku, buat aisle runner lagi cun kan? ala kain rentang putih je pastu taburla bunga ke ape ke

serius nice!


Bila aku google aisle runner, mat2saleh ni guna initial derang utk deco aisle runner. menarik! tapi bila aku mention kt adik aku boleh dia kata "kira nanti orang pijak nama ang a?" =.=" tape. aku wat tu laluan larangan. pengantin dan pengapit saje leh lalu. haha

boleh je nk diy mende alah neh, tapi kena tau ukuran dewan tu dulu la, kain telebih panjang tape, telebih pendek? kontot la laluan aku haha. tapi memang seriyes sangat mahu! tapi KIV dulu la..siapkan mende lain dulu..uhuk2.. in the meantime..jemput cuci mata hehe

Senarai Semak Perkahwinan

Wop! Checklist ni aku dapat dari website Pesona Pengantin. Nak beli buku tiap bulan bengkok la aku, jadi tengok online pon jadila haha. Tapi tiap bulan derang tukar maka bulan ni dah checklist mende lain pulak. =.="
 


12 bulan sebelum
1. Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
2. Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
3. Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah. Done!
4. Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.

11 bulan sebelum
1. Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan. Done!
3. Mengintai-intai pakaian perkahwinan. Done!
4. Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju, dan lain-lain.

10 bulan sebelum
1. Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
2. Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis. Done!
3. Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet.

Hantaran Nikah: Abaya

Merujuk kepada post aku semalam pasal hantaran nikah.

Dah aku mention kan aku da preorder abaya. hee memang tak terlintas langsung nk wat hantaran walopon every friday staff pompan pakai abaya kt sini haha. tah mende aritu aku gugel tiba-tiba nampak gubahan ni.

Abaya + Shayla

Memang tanpa banyak songeh terus laju je aku carik sapa jual abaya online gehehe


Hantaran Nikah

Adoii tulonn tulonn nikah nanti nak bagi apa ah? List kt tenet berjela-jela bermacam-macam. pinin nk mikiornye

jam? - kami dua2 tak pakai jam. haha
kasut? - hantaran heels n kasut kulit selalunya kan? tu pon tak praktikal untuk kami. opis aku tayah pakai kasut. opis dia..pakai sliper je haha. lagipun, condition kaki aku macam entry lepas tidak membolehkan aku pakai heels kerap2. T_T
toiletries? - boleh la kot untuk my better half, tapi lelaki, habis sangat pakai facial wash. lainla toiletries aku. satu beg utk itu saja ngahaha
barang make-up? - best je bila tengok hantaran bobbi brown la mac la. tapi malangnya aku pakai barang elianto je uhuk2 rasa tak layak jadi tontonan umum nanti
kain? - tunggu raya jela haha
sejadah? - hmm boleh jadi
telekung? - boleh la jugak buat tukar2 kan
jubah? - mcm menarik, dan aku dah preorder dah satu haha
towel? - haa ok ni jadi! leh combine dengan toiletries beliau hee
handbag? - aku pakai handbag gaban yang boleh muat satu bilik aku. jadi untuk tiba-tiba beli handbag wanita korporat..urghh...tapi bukan aku tak survey structured bag neh. tak bekenan sungguh. isk3

Hairan Bin Ajaib

Reading list aku hilang! lebam la nk ingat link satu-satu letak balik..adoiiii. takkan kes aku ngamuk semalam sume lari? haha sengal lol

ahh arini bini bos mcm tak masuk. maka aku gembira sementara. sementara dia tak masuk la. masuk karang serrrrabut balik. kohkoh

haa weekend aritu aku balik kampung dengan bakal mertua! wagaga jap g breakfast nanti sambung.

ciao!

Aku Serabut!!

SerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabut!!


Grr!! nyampah btol ngan bini bos aku neh. baru masuk opis hari ni da bagi aku serabut. tahpape tiba-tiba nk check file petty cash, ingat aku sangap sangat ke nk songlap duit? itu duit petty cash for christ sake! bukan duit dalam akaun. huh

dahla solution tak logik. duit petty cash suro anak dia pegang. tapi file n payment voucher aku simpan. sengal ape? nnti orang mintak payment susah payah la aku nk kena mengadap anak dia mintak duit. tak pon nanti derang kuarkan duit tak bagitau aku tiba-tiba aku check duit short. satu pasal pulak nak menjawab.

dahtu, tak reti akaun tapi nak wat palatao. pastu nk sembur-sembur aku kuarkan duit suka hati. kepalahots btol la.

warghh emo2.

Baju Nikah

Baju nikah aku dah decide nk pakai putih..tapi nak pakai the conventional kebaya or kurung moden ataupun buat custom-made dress tu tak sure lagi. Bila carik baju-baju ready made online yang warna putih agak bosan kan? melainkan carik baju nikah baru la ada cantik-cantik tapi harga mak datuk! kohkoh

tapi disebabkan nk berpura-pura bz kt opis tengok jela baju-baju yang ada kt gugel ni kehkeh.

gugel punya gugel aku trus jatuh centa dengan sut nikah mereka ini hee sweet sangat, so tanyala my better half dia ok ke tak warna putih + biru sket. dan dia orait ajeh heh
senarnya dah memang dalam agenda pon nk bagi warna tema lebey kurang reception (purple+biru+putih tuh) >D misi berjaya!



tapi.. macam bosan la pulak kalau baju aku putih semua. ini nggak fair! maka pencarian diteruskan..