Selamat ari selasa

Dem brapa ari langsung aku tinggal blog lol sibuk ngan anak kucing kurap haha

lagipun dah malas nk update pasal kawin2. aku dah selamat jadi bini orang yang penting. skang tunggu masa jadi mak orang. hehe korang doa2kan aku ye XD

hmm meh perkenalkan ngan kucing aku si mopey (yang kurap yg lain ye). dia ni diva sket. banyak la jugak.
asal-usul dia tah dari mana, cousin aku amek bela tapi dia ada baby and takut mak dia marah so dia bagi aku.

(padahal adik aku yang nak sangat kucing, bila cousin aku bwk si mopey ni datang, dia tengok muka penyet terus taknak. sengal jugak minah tu. aku tengok2 kesian pulak so aku bela jela huhu)


mopey si diva kembang setaman
waktu mula-mula datang, astaga.. garang nak mampus, kurus-kering, kutu belambak2, cacing tataula ada ke tak, tak cek pon taik dia time tu hehe

nama mopey (sebut mopi) mula2 mupe (muka penyet) haha tapi susah nk sebut mupe lalu jadila mopey, tapi kalau panggil tu kadang2 je datang, selalu time nk makan la. sengal jugak yg ni pon. iskk2

pernah berak atas bonda. wakakaka sebab bonda bagi masuk rumah pastu kantoi dia kencing, bonda pegi angkat dia sambung berak atas bonda. ngahahahaha sapa leh tahan kan sakit perut wakakakaka aku ingat dah kena buang selamanya dah budak ni haha nasib baik kau mopey haha

sekarang dah lebey kurang 4-5 bulan dia ddk ngan aku. kalau aku balik loqstaq aku bwk dia skali, dia pandai nek keta, diam je. abis sgt ke depan ke blakang sebab nk tgk luar tingkap.

ni nk bwk g vaksin


alor star-perlis
ekon nk konker dia sorang =.="
 

gamba atas ni dia baru2 peknen (waktu awal2 bela dia mmg dah peknen), perut pon ala2 comel, aku bwk dia balik alor star sebab aku ada exam minggu tu. tapi dia tamau makan 3 hari, aku dah risau, nk g vet ari jumaat pulak tu, vet sana tutup la kan, so aku trus bawak dia balik perlis nk cek kt vet sana.. rupa-rupanya.. dia tamau makan sebab nk kuarkan anak dia. uhuk2 dahla dokter tu mcm tuduh aku yang buat dia gugur. sengal btol. anak dia suma 5 ekor, yang sempat aku snap 1 je, yang lain keluar dalam bilik dokter huhu


,
bb1
seblum aku tanam semua aku bg dia jilat2 dulu bb yg mati tu, so that dia tak cari anak2 dia nanti.. ada org bgtau kucing kalau peknen muda sangat dia memang akan gugurkan anak2 dia. si mopey ni tak nampak macam muda pon lol agagaa

sekarang dia sihat walafiat. peknen lagi sekali. aku jugak tak peknen2 lagi. haih




D.I.Y Hantaran : Towel Cake

Yang ni je gamba yang aku sempat snap. Tapi time tu dah siap dah pon. ahahahaahakk

kejadah asik tunjuk gamba siap dah.
yang ni sebab buat first skali. gulung2 pastu bungkus dalam plastik, simpan dalam lemari. 
yang lain pulak sebab suma wat last minit jadi tangan memang jadi lapan. kaki aku pon time tu dah boleh gunting kertas. ok tipu =D


Aku cuma leh cita secara lisan la step-by-step dia. soryyyyyyy sangattttttttt

kalau tak puas ati, pegila google towel cake. bercambah2.

ok.

1. beli towel. :p  
towel aku suh adikku beli kt ikea. dua saiz besar, dua face towel. hand towel kecik sangat. kalau 3 tier tape la. aku wat 2 jer~

2. lipat towel dulu (lipat memanjang. bukan lipat nk simpan towel dalam lemari). lipat bagi saiz yang korang nak. lipat 3 dia tinggi sket. lipat 4 rendah sket. lipat 2 tak logik la wei.

3. gulung. gulung elok-elok, kemas-kemas. mana kedut2 tarik2 sket

4. jangan gulung sampai abes pulak. unless la korang guna towel jenis tebal macam slimut ke tapela guna satu je.dah agak2 ujung tu terus letak towel besar satu lagi. pin utk lebih selamat. buat kemas2 jugak.

5. siap? pin elok2. peniti tu sembunyi2 la skit bg mak mertua rasa berbaloi nak amik korang jadi menantu okeh?

6. letak tepi dulu yang besar. ulang step 3-5 untuk towel kecik pulak. kalau yang 3 tingkat pon sama.

7. aku punya towel cake komando je. tadek kadbod, tadek kayu rod nk kasi tegak bagai. aku dah yakin dengan kekejapan gulungan aku jadi tayah kayu kayan XD. towel cake aku terus letak atas foam dulang hantaran. ngahaha

8. "membazir je aku baca nombor 7. tadek isi penting pon!" kata korang... okay.jpg

9. ceh no 8 pon sama je!. okok towel yang kecik aku secure ngan jarum peniti sambung ngan towel besar, so tak terjatuh time angkat nanti.

10. aku letakla 3-4 kuntum carnation aku kt atas. konon2 cake topper. pehtu tambah ribbon bagi naik seri sket. ecewahhhhh

nah gambar lagi skali



bonda punya bangga anak dia kreatip la konon2, sesapa yang datang rumah suma dia bawak tunjuk hantaran aku. tak siap pon tape janji tunjuk =.=" bonda..bonda..

D.I.Y. Doorgift (sambungan kes paper bag)


Last post dulukala cakap pasal print paper bag. Teruk gila. Banyak yang rosak sebab bahan paper bag tu macam jenis minyak kilat2 ape tah. So ink lari tanpa sempat aku kejar.

Aku beli kt web ni 1000 keping, dia pack 500-500, so abeh yang first 500 tu, aku pegi beli tambah kt pekan cina sebab bonda takut tak cukup =.=". Lagi murah. 500 rm30 je kot, tapi nipis sangat, so kadang2 ada ink yang tembus. lol tembus.

So aku decide print dulu yang pekan cina punya. elok je, kalau yang web tu dalam 10, 2 rosak, yang pekan cina 50 baru 3 camtu rosak. yela dah nipis, pastu memang kertas pulak tuh.

so aku print agak2 cukup la dengan isi doorgift ni. adikku tersayang tukang letak lapik bawah ngan liner utk lubang handle. ( tengok gamba kt bawah untuk pencerahan :p )

isinya - cornflake pedas - abah ngan umi sponsor ( beli 18 kilo)
         - kacang pedas - beli pekan cina 7 kilo kot
         - kurma - maksu sponsor
         - kismis - maksu sponsor


At first, aku ingat nk letak 2 jenis dalam satu beg. Means beg riben purple- cornflake n kismis, beg riben turquoise- kacang n kurma. So bila family datang each dpt different color so boleh rasa suma kan? ehew~

Mula-mula okla sama rata sama adil, tapi ujung2 rupanya kacang telebey suda so yang last2 dapat 3 jenis sebab nk abiskan kacang huhu harap2 tade yang terasa ati..

Jemputla tengok proses pembungkusan.. ni pon wat last menit gak. Minggu nk kenduri jugak. Stress mak.

 


wording mak wat snri hokey~ siap butterfly tu

Kalau perasan, aku memang print kt side blakang beg. means side yang ada tulang blakang. err harap paham lol. sebab.. bottom fold dia aku malas nk salotep bagai. So aku letak je la side yang takkan sangkut dengan roller printer tuh kihkih

p/s: susah2 apsal tak guna sticker je? 

sebab aku memang suka nyusahkan diri snri XD

Rumah Batu Mak Mertua, Rumah Papan Mak Sendiri

Lagi best rumah sendirriiiiiiiiiiii!!! Giahahaha sebab rumah papan lagi sejuk kihkih ok tipu je rumah bonda batu stengah papan stengah :p (tgkt bawah batu, tgkt atas papan) harap maklum

Ah. Aku kt umah snri, sapa tak syok balik umah snri kan? Bukan tak best langsung duduk ngan mak mentua, sape2 yang duduk ngan mertua pahamla kan? Tetambah yang adik beradik ramai.. aduh...

Anyway, dek kerana syoknya balik rumah snri langsung tade idea nk post kebende. Kalau dok sana tiap ari pulak idea datang. Kadang-kadang buleh buat banyak post then schedule je masa publish. ops kantoi :p

Online ni pon sebab nak cek forum kelas kalau idak tademaknenye, kat rumah senri baring tengok siling pon rasa best dah! hehe

Lagipun, balik best sebab leh makan mekdi! Perlis tade mekdi. Sekian. Kalau yang taleh idup tanpa mekdi tayah datang Perlis. Datang takat Alor Star je hokeh? gehehe

ok dah. nk sambung tengok siling.

korang jemputla tengok miaw aku parking bontot baek punya. nasib baik tak kentut =.="



p/s: bonda wat nasik goreng. nyam! tiada yang lebih sedap dari masakan ibu~

Wedding Review: Pakej Mak Andam

Aha~ Make-up aku puas ati. Veil yang dibagi pinjam pon aku suka sangat. Plus dia bagi free hand bouquet kt aku (fresh flower you) tapi aku tak guna sebab aku ada hand bouquet aku snri huehue

Kalau dah puas ati ngapenye?

Ha! Yang tak puas atinya. Inai. Aku bayar RM70 untuk inai. Murah kan? Seronokla aku sebab dia kata memang untuk kaki n tangan. Aku bajet leh dapat ala2 inai macam Scha. Sweet. Simple.

Siap transfer gamba dalam handphone nk bawak tunjuk contoh tau tak.







Yang aku dapat?

Haprak. Baik aku g lukis kt tesco. At least nampak kemas dan halus. Ni takat lukis atas tangan. Tapak tangan tadak, jari apatah lagi. Kaki? Dia lukis keliling2. Atas kaki tade. Bila aku tanya. "oh tu caj lain dik" noharom btoi.

Btw, yang lukeh inai ni bukan mak andam tuh. dia sub kt akak mana tah. Lukis curl pon herot petot. warghh bridezilla mode ON! 




Aku stress gila time ni. Trus call maksu aku suh dia belikan inai tiub. Dia pon heran la apsal. Dah letak inai nak inai tiub lagi. Lalu bila siap tu dia trus datang amek dan tengok. Dan dia lagi dasat bridezilla-auntie mode. lol. Maksu aku bawak aku balik dulu, nk tunjuk kt mak aku n semua yang ada kt umah tu lah. Semua bising2 n makngah aku call tukang lukeh inai lain. Sureen. kedai dia kt Jawi, org perlis memang tau la pasal dia.

Dia terima jugak la aku even malam2 camtu. kol 11 dah wei orang da tutup kedai nk balik. Tapi sambe dia tepek inai kat aku sambe tu la mulut dia lancang berbicara memerli aku. Lol tahan telinga ja la nokkk.

Pastu dia kol balik mak andam aku sambe carut2 lukeh inai pengantin apa macam ni bla3 lol.

Oh, sureen ni lukih inai ikut sedap dia, tataula kalau korang bawak contoh dia nk ikut tak. selalu tak la. haha

Tapi sebab tangan aku da berbekas inai dia topap atas jela bagi nampak macam pengantin. huh





tapak tangan! comei! tangan aku sawan peluh so da comot. hue

Lama jugak woo inai dia nk hilang. Seminggu tu hilang sket2 je. Tapi sebab nk kenduri sebelah laki takkan nk biar inai berbalam-balam kan. Tonyoh la aku sampai merah2 tangan nk bagi hilang. lol aa yang bawah ni design untuk belah laki pulak. Dah macam pakai glove =.="





Oh ye, disebabkan kes inai tuh, dah si sureen p carut2 kt mak andam aku kan, tapi mak andam aku ni tatau lg sapa sebab malam lukeh inai kt kedai dia tu ada 3 orang. Tapi nk kantoikan diri snri waktu nk g mekap utk belah laki, ada pengantin tanya aku inai wat mana lalu aku jawab dengan kuat dan jelasnya.. Sureen~

Akibatnya? Mekap aku aritu nipis sangat dan tak menarik. Haha padan muka aku snri jugak. Tapi nasib baik belah laki. Tak penting sangat keh3

Moral of the day? Siasat abih2 dulu na nk mekap ka nk inai ka. Menangis waktu kenduri satgi orang ingat kena paksa kawen pulak XD

Perihal Kasut Kahwin : Part II

Tengah dok belek-belek gamba-gamba lama tiba2 nampak gamba kasut ni..

ni post dulu pasal kasut kawin.. tapi yang aku dapat walaupun 40 hengget je lagi puas ati dari yang dalam gamba tu, cantik pon lebey kurang je kihkih

kasut beli kt megamall penang. heels dalam 2inci camtu je, best!

Aku tadek gamba close-up kasut, gamba kasut atas padang rumput, sangkut kt palang kayu, atas katil, atas meja mahupun atas kek. lol yang aku ada ni pon gamba candid.



tapi aku tetap puas ati ngan kasut aku. walaupun aku ada bunion kasut ni tetap sedap pakai dari pagi sampai magrib heheh

**kasut akad nikah aku? kasut flat yang aku pakai hari2 je.. hehe namapun masuk masjid, kalau pakai kasut mahal2 pun kena letak luar juga~

if u ask me, i wouldnt spend so much on a thing that would be covered for the whole day. Lagipun, kasut memahal lepas tu sayang nak pakai kan? velvet la satin la takkan nk pakai pegi kenduri lecak2 kan?

Wedding Review?

Aku macam pernah nampak B2B buat wedding review ( time tu dah jadi bride la kan heheh).

Perlu ke? Kalau aku review tak jadi review, jadi sesi kutukan dan umpatan.

Yang penting, aku memang tak puas hati ngan orang katering. Malas nk sebut nama, kalau baca post awal-awal tau la katering mana aku amek.

Meh nk 'review'.

1. Sombong.
Disebabkan majlis aku kecik. Order under 1000, layanan macam aku ni nak mintak sedekah.
Call tak pernah nk jawab. Bila aku nak tanya pasal boleh ke riben kerusi tu dua warna, suruh aku pergi sendiri kt tempat derang untuk 'bincang'. Dah sampai sana, mamat tu tade (pahamla kalau sibuk), bila dia sampai aku tanya menda tu, suh pegi tanya orang opis. wadahek? dahla cakap atas moto je.

2. Wat palatao.
Aku mintak backdrop warna dark purple/turquoise. 'akak tak pernah dengar kaler tu dik' so dia memandai2 amik warna plum ngan light purple. Tapi nasib baik dia call dulu bagitau, so dengan segera mode bridezilla aku datang dan aku pergi terus butik dia. (Aku amek pakej hias meja makan jugak dengan derang ni.)

Naik berbuih mulut aku cakap wedding dress aku putih. aku TAKNAK backdrop putih. susah ke nak paham? boleh keluar ayat apa dekat aku? 'dik..putih tengah in skang, memang untuk pelamin ke meja berhias ke guna putih' memang la aku tau, tapi paham tak baju aku putih. sia-siala aku jadi pengantin kalau tenggelam dengan backdrop.

last2 tu aku dah nak tinggi suara, dia pon dah malas, aku cakap skang ni akak guna je kain plum ni wat backdrop, light purple saya taknak sebab family pakai warna hijau turquoise. abeh kt situ.

** tapi dia letak jugak kain putih dan light purple tu. haih. kerusi putih! tapi kerusi aku abaikan je sebab kerusi pengantin mana ada kaler lain. huh tak putih kaler krim. tch

dahla bagi centrepiece bunga tah hape warna macam bunga dah mati je. wargh!


pastu janji nk g siap dewan ari jumaat petang (dah dewan sekolah nama pon, kenala tunggu skola clear dulu kan)

2.1 memandai-mandai lagi.
dah janji nk datang pasang backdrop ari jumaat petang. khamis malam mesej dekat aku nk pegi antar meja. arghh!! stress aku. aku msg tak boleh sekola ada penyampaian adiah. reply ok. tup2 mlm tu jugak letak meja kt sana tinggal. yang backdrop datang pasang jumaat pagi. janji haprak btoi. nasib baik cikgu yang bagi aku sewa dewan tu tak marah. huh

3. persiapan makanan.
makanan dah sampai awal kt dewan, tengok2 tak hantar air. mak aku bagitau derang ni siap wat dek ja, masing2 tamau bertanggungjawab. last2 mak aku kena kol belah laki datang lmbt skit sebab nk siap kan air. derang caj pulak mak aku sebab suh angkut air. noharom btoi.

4. layanan meja beradap.
pengantin makan beradap, makan sendiri. ye korang baca tak silap. tade orang nk serve kt meja pengantin. last2 maksu aku amek alih keja taruk nasik ngan lauk. aku memang hangin dah time ni.

time potong kek pon camtu. kami da siap makan, meja tak diclear lagi, sampai kena panggil, sampai maksu aku yang tolong clear meja. wadafak btoi la katering ni. maksu aku siap warning budak-budak tu nk cakap dengan manager. apalagi muka macam taik la sekor2.

dah abeh potong kek bagai (kol 4 camtu) budak-budak tu tak tunggu dah. clear abes suma, meja kerusi kain2, padahal ada lagi orang dok makan. memang binatang-haram-disentuh sungguh la

pastu malam2 skit mak aku cite, backdrop aku tu derang pasang senget kot lalu jatuh. mintak tolong budak2 ni betulkan. mak aii srupe macam suh basuh berak anjing je muka. argh

pendek kata. katering tu aku tak puas ati langsung. lauk pon tak sedap. sekian!

D.I.Y Wedding Favor For Children: Finale!

Kita hanya merancang, Allah yang tentukan semuanya. Renung2kan dan selamat beramal!

Jadi, post aku yang ya-ya-aw wedding favor for children dari part 1 sampai 5 tuh abaikan!

Pulun benar aku gunting toilet roll, balut, gam, gunting lagi. Last2, bila umi offer nk buatkan favor untuk budak-budak trus aku tinggal toilet roll kohkoh

Ni prototype dia bagi. kurus sebab perut kosong hehe



Lepas mikior punya mikior, dan jugak disebabkan kekangan masa, tenaga kerja (favors, hantaran, kad kawen, hand bouquet aku buat snri, with helps from my sister and mother), dan duit. Aku decide budak2 bagi mende alah ni je instead of rabbit ni DAN gula2 lain.

Umi sangat teruja buat benda ni jadi beliau buat rabbit ni 500 lebey =.=". Aku suh umi wat 2 kaler, turquoise ngan purple hehe pastu beli plastik ngan yarn ni kt pekan cina. Anda yang buat sendiri harus paham sakitnya tangan nak tebuk 500 lubang. T_T memang nangis.

taraaa.. perut bulat sudah diisi heheh
Dalam perut dia ada sumi bulat yang ada tangkai tu, nak attach gamba tapi kt google tarak pulak contoh adeii, pastu tambah 2-3 bijik gula2 kecik heh

**time kenduri bukan budak-budak je mintak, rengtua2 pon sama naik. ih2

proses pembungkusan~