Pelik

Call me slowpoke, buta IT pon tapa, tapi baru aku perasan every new post aku akan ada auto-like dari FB. Apakah kenapa mengapakah?

habaq mai satttt pasaipa neiii uhuk2

Wedding Favor For Children : Part V

Da berapa banyak part daaa. Macamla bebudak nei yang sponsor wedding aku. giahahaha tadak org nak datang baru kau tao!

Anyway, that jelly-bean-idea tu mungkin akan ditukar ke gegula-yang-lebey-besar-supaya-takpayah-nk-letak-banyak2. wahkahkah. pengantin paling kedekut. mungkin aku patut bagi je pocket tissue sorang satu? hakhak


sila bertenang.

for the packaging, aku ter'stumbled' upon one tutorial yang menepati ciri-ciri cheapskate aku neh. Bukan papercup yang diwar-warkan pada post ini ya. Mengabehkan boreh ajo. huh

Wee!!!

TQ sticker dah sampai~ 1000pcs utk rm150 ajeww, Ceria Kad Kahwin wat promotion arituh. Berbaloi-baloi!!

perlu upload gamba meh?

Kecewa!!

Berita terkini.

Siang tadi p Rainbow nk tengok kain net utk veil. Yang jenis lembut tarak. Keras macam kain kasa je ada. huh. Pehtu teringat bunga telur untuk bunga pahar. TAK ADAAAAAAAA!!!! Sedey weii sedey!! Tapi nak tanya SA tu langsung tak membantu. Aku panggil nak tanya pasal kain net pon muka tarik sampai ke lantai. Kang tanya bunga telur tu mengamuk lak. ok over plak aku. Tapi disebabkan hujan turun tak semena-mena lebat nak mampus dan aku pon double park depan kedai maka terpaksa la berambus dengan segera. haih.

Menyesal jugak tak amek dengan segera bunga telur tuh aritu. Adei. T__________________________________T

Anyway, mintak maap kepada pembaca sekiranya blog ni da jadi chipsmore basi. Kejap ada lama ilang. :p Skang keja syif. Jadi sangatlah malas. Memang abes jujur dah ni. Ngeh.

Kain untuk bantal hantaran juga dah beli. Beli baki kain je. Atas saranan blogger mana ya. Trimekasih untuk anda XD. Satu meter rm1, Dah berbaki 5meter, kenala amek semua. Tapi kain dia elok. Mungkin akan digunapakai untuk benda lain.  *mentol ting!*

Oh. Mesin jayet sudah diservis. Rasanya la. Kemarin nampak depan pintu pastu ghaib tadi balik kerja ada dah. Boleh mula operasi sabtu ni kot. Ihik2

Sekian berita pagi.=D

Esok syif kol 7 skang tak tdo2 lagi. Masak la aku besok. krroiihhhhuuuuuuu

10 and counting!

Ade ke orang kira berapa lama dah tunang. lol

dah taleh nak countdown tarikh kawen. kira tarikh tunang pon jadila :p

In the process of pestering my mum to let me use her sewing machine. Janji nk anta kedai servis arini. Tak jadi plak sebab g renew roadtax ngan insurans. uhuk2

Baju Nikah: DIY boleh?

Boleh tak nk DIY baju nikah sendiri? Nama pon DIY-bridezilla kan. kahkah. Tamak btol. kang tak jadi ko pakai kain batik je nikah ok.

Bonda ada mesin jayet. Umo dah 10taun, dah setapak dah ke alam antik tuh. Tapi dia kata tak rosak. Hanya perlu servis. Sebab dia sendiri tak pernah guna. =.=". propa je lebey mak aku ni rupenye.

Anyway, aku nak jubah lebey kurang macam Baizura Kahar nye baju nikah je, disebabkan tade orang nk jual online ni yang aku nk jayet snri nih. hinshins

Tapi maybe ada modifications sket. Lebey kurang gamba ni, tapi labuh n warna putih. Silap2 orang ingat aku pakai baju tidor. wakaka.


Anyway, angan-angan akan disambung lepas mesin tu direpair. uhuk2

Dannnnnn mintak maap lama tak update. Sekarang kije ada syif. Kalo syif malam siangnya aku membuta, klo syif pagi, petang broadband ni tido plak. Alasan! Pemalas sebenarnya =D

Ttill then..

Idea!!

Mentol sudah menyala! Dapat idea lain untuk favor kanak-kanak neh. Lagi jimat. Haha tu yang paling penting.
=D

len kali update, nak wat prototype dolu~

besok maybe nak p umah abah tengok umi dah wat ke blom choc-stuffed-bunny aku tuh. ngeh!

Till then..

Wedding Favor For Children: Part IV

Peh! Favor untuk kanak-kanak pulak dapat liputan lebey neh. Entry ke-empat dah neh (sila rujuk entry 1, entry 2, entry 3). Huh.

Okeh. Aritu aku da bitau pasal nak guna template popcorn box untuk bekas favor aku kan. Siap wat sniri template lak tuh!

Tetapi! Kecewa abes lepas cuba try test letak sweets. Letak jelly bean, lebey 30 peket kena letak, adoi. Letak kisses dekat 20 bijik, letak Daim, ha boleh la tahan, 15 centu je, tapi bonda pulak bising. "oi hang nak bagi sampai banyak tu kaaa?" tengok, mana tak tumpah kuah kalau tak ke pinggan. kohkoh. Sedey kehidupang.

So tiba-tiba teringat satu tutorial easter basket terjumpa aritu.Nampak comei dan macam senang. Macam jela.

Mini Easter Egg Basket
Satu dua leh la gunting lekat2, 100? mau naik sawan aku. Urgh. Rejek2

Next!

Egg Basket Papercraft
Hadoi. Ni pon sama. Saiz tapela aku leh resize. Tapi banyak step la pulak. Base saja pon da berstep-step. Grr. Ok next!


Origami Basket
Ni step dia kinda advanced untuk aku. Macam basket kat atas2. 
Satu dua leh la. 100? margyaaa
Next!!


Oh? macam comei.



Paper Easter Basket
Okeh. Decided! Yang ni lah. Ngahaha aku kecikkan saiz petak tuh 1.5inci instead of 2. So that 1 kertas A4 dapat dua basket! =D.

Erm, dalam proses eksperimen nak tengok crepe paper ni turun kaler tak kalau guna untuk rumput. Kalau tak? Penjimatan hebat! Baki kertas untuk paper carnations aritu melambak-lambak! I know someday it might be of use! ngehe. Plus, nak tengok kalau dibiarkan kat luar semalam dua masuk angin ke tak.

Ataupun, kalau korang ada paper shredder, leh wat snri! Tengok sini ye.

Letehh!!

Huarghh!!

First day tempat keja baru. Mengantuk caharam. Tapi demi tamo g penang balik redha aje. Heh.

Anyway, for the first time since this past few years dok ulang alik Langkawi, I actually found it fascinating. Lol.

Nantila upload gegamba. Nak test basket lain untuk favor budak-budak. Yang aku tunjuk aritu tak seswai. T_____T

Wedding Favor For Children : Part III

Sila rujuk my previous post here and here incase tak paham ujung pangkal cite =D

Anyway, idea mula-mula nak guna mini pail. Sangat costly, unless mini pail itself is the favor. Haha nak kena kutuk selama tujuh keturunan watla gitew~

Then tukar papercup. Tak sempat g Pekan Cina lagi carik, bila nk g, hujan, bila tak hujan tak sempat, bila sempat terlajak tido pulak. :3 heh nama pun penanam anggur cemerlang, business hours is my hours la kan. melalut. isk.

macam ni la lebey kurang
Ni saiz standard. Too big for me. Rugila jelly bean aku :p. Nak carik saiz sampling cup ajeh. Huehue



nice!

Cake Topper!!

Saya mau cake topper!
Figurines? 




Monograms?



Weird/ Unique/ Other-worldly Cake topper?









Or I should just go with my theme? Butterflies!!





<3 this!
Weeeee!!!!

Guestbook



Perlu kah? Orang kita tak familiar lagi kan dengan guestbook2 neh. At least kena ada 'penunggu' barula guests sedar kewujudan guestbook corner aku nanti. Sapela bakal jadi mangsa aku neh. ohohoho *evil thoughts*

Ni la yang orang kata jayet baju tak ukur badan. Tak padan tade bajet nak wat grand2. Well! My day my way occay~ huh.

Tetiba nak sentap lol.

Anyway, location untuk guestbook corner aku nanti dah ditentukan. Kalau wat kat umah aku nk letak kat pintu masuk. Telah2 la orang nampak kan. Haha. Gila kuasa neh. Tapi kalau wat kt dewan tatau agi ah. Nak wat kat dewan mana pon tatau lagi. Dewan kilat or dewan sivik kt arau nun. Hurmm.

Tu belakang kira, macam biasa, khadam terbaik aku dah kasik few ideas of guestbook, of course la aku carik yang simple cepat dan berkesan. heh

Tetapi, guestbook bukan sekadar datang sign nama ye. Ingat kedatangan kolej kepe. Harusla ada well wishes ke advice ke amaran ke. Motif amaran?

D.I.Y Centrepiece

Okeh! As previous entry kata ada idea baru untuk centrepiece maka disini saya akan mengotakan janji-janji sayew~

jeng!
Jangan lupa Read More !


D.I.Y Paper Carnation

Trulu~ setelah berhempas-pulas *konon* carik diy paper flowers neh, bliss! ada few types of paper flowers' tutorial. Comel memang sangat comel. Tetapi mengenangkan aku kena buat beratus-ratus kuntum maka alahai~~~ maleh la makk~~

Maka pencarian diteruskan untuk tutorial paling senang mudah dan cepat :p hasilnya? paper carnations! yang lagi best sebab dia dah merimbum jadi takyah la perlu banyak kuntum kan? kohkoh

Tutorial credits to Folding Trees!

ni hasil folding trees!
Sila klik Read More ya!

Wedding Veil

Alkesah veil ataupun nama melayunya layah nei.. aku ingat nk pakai time sanding je, sebab tengok baizura kahar tak pakai pon time nikah tapi sweet je =D


Tapikan, enchek gugel ni sengal. Tah camne leh timbul gambar veil time surfing tu tah pastu terus berkenan di hati ahaks. Sebab ingat nk pasrah je sewa kt bridal. Tapi bila tengok tutorial b2b lain diy cam senang je pehtu kos pon tak banyak kan. Maka timbul la urat diy aku. kehkeh

Anyway, veil yang aku berkenan ni jenis cascade ataupun waterfall. Tapi sebelum tuh meh nak tunjuk few types of veil yah.


White Paper Bag Lagi!

I've been on the quest to find the paper bag since the beginning of time. ok tipu :p Rupanya susah carik barang ni kan.

Mula-mula ingat kat northern region tadek suppliers untuk paper bag. Sebab malas ronda carik. Harap enchek gugel je memang la tak jumpak kan :p. So bila Cujen war-warkan yang dia dah jumpa paper bag teruja ya amat la kan.

Dapat quotations, dengar postage fee mahal berlengah la skejap dengan harapan jumpa yang lain lagi murah kan. Memang betol! Bak kata pepatah "good things comes to those who wait" ngehe. Jumpalah satu kedai lain dekat opis time kerja sana dulu. Cheaper yep. Postage pon tayah kan. Sebab memang lalu situ. Tapi jodoh tak panjang dengan opis sana da berenti. haha. Lalu malas la nak tanya sebab tau dah postage fee kena tanggung. ye aku kedekut.

Then, jumpa seller dalam Facebook. Sorang mahal gle. 100pcs RM40 (satu 40sen ye). Those yang rajin google memang akan jumpa. Sorang lagi murah! Satu 15sen je! Maka dengan terujanya aku pon tanya la berapa + postage semua. For 500pcs RM75 + RM15 postage. RM90. Boleh la kan. Tapi sebab aku nak tunggu next month punya gaji baru nk purchase so aku carik je la supplier paper kt mesia neh. Lagi banyak option kan lagi bagus? hehe tapi tak apply untuk semua segi kehidupan ye.

Email la aku semua kilang2 tu. Ada yang tak pos ke Alor Setar, tade transport katanya. Ok la. Ada yang tak reply langsung. =.=" bisnes bagus kot sampai tak sempat online =D.

Bunga Pahar

Memula nk DIY. I'm a DIY bridezilla kan. Sebab semua bunga telur kat kedai tak cantek!. belagak kau ye.

Maka carikla tutorial bunga telur. Disebabkan aku da start wat paper carnation, maka ingat nk wat bunga pahar guna bunga tu je la, lebey kurang akak ni punya tapi taleh meriah sangat tade bajet heheh.

Bunga telur

Jumpa yang jenis gantung, bekenan jugak. Kenala ikut trend jugak kan? kehkeh.

Rosenani

Rosenani

Tetiba enchek google tunjuk gamba neh plak. Nice jugak. Cari cara nk gulung dawai tu tapi tadek. Tengok kat kedia mahal plak RM2.50 satu. T__T. Tu baru sangkar, blom kira bunga, manik, kain net, telur blablablabla. ye aku kedekut sekian masheh.

Hantaran Nikah: Toileteries

Yeeeaaahhhh!!!! Keterujaan tahap langit ke sembilan!!

Semalam g Alor Setar Mall. Bonda pesan day cream Wise Woman dia kt Body Shop. Kelakar. SA bagitau range tu da stop production. haha nampak sangat berkurun tak g. Tapi bonda pon pakai jimat sangat. Berbulan-bulan baru nak abes lol. Last skali amek Natrulift. Lebey kurang gak tapi murah sket. heh

Anyway, nampak satu range baru. White Musk Blush. Actually ada promotion. Lotion + Shower Gel + EDT + bakul = RM150 je! Memang chenta pandang pertama ah. Tapi aku kurang berkenan kat promotion tu sebab bakul tu besar, so barang tu tenggelam kt dalam. Product tu seniri chantek ok! Warna purple ( dah memang warna kefeveret aku kan) and? ada butterfly!!! SA tu siap tambah mini carnation lagi kat dalam. Memang aku puas ati ah.
 

sila tengok dan teringin. =D

Wedding Favor For Children : Part II

Referring to my previous post regarding wedding favor gift for children ada satu idea yang terlalu-amat seswai sehinggakan mentol otak menyala tahap 8kilowatt ok.

ini dia!! mini pail!!

Kan? Seswai amat untuk jelly bean n lollipop!! weeheee lalu pencarian bersama en. google bermula lagi..

.........................

Wedding Favor For Children

Oh. Baru terlintas dalam benak sanubari yang kanak-kanak bakal 'menceriakan' my big day nanti. So I thought of giving them something else instead of my paperbag favorgift.

Sebab?

Dari pengalaman menjaga sepupu-sepupu, dan kanak-kanak yang sewaktu dengan mereka, korang mesti tau betapa cerewet kebanyakan mereka ni kan. uh-huh.

So kebanyakan masa aku ikut mak sedara aku pegi kenduri /babysitting (aka bibik) doorgift yang budak-budak ni dapat selalu buang camtu ja lepas derang gigit sekali dua. tch.

Jadi untuk tidak merugikan sumber-sumber makanan yang aku kira nanti akan agak terhad baik aku bagi benda yang konfem derang makan sampai habis kan? Or maybe will ask for seconds! :p

Jadi? Obviously sweets! Semua orang pon suka kan. Tayah kata budak-budak orang tua pon sama la hehe.

Setelah pencarian selama beberapa jam bersama Encik Google...

Wah! Meriah gla favor gift untuk kanak-kanak derang! Coloring book, sticker, mainan, puzzle! n etc3 tapi ni sebab derang ada tentative majlis. Majlis kita pulak guna sistem e&g : eat n go. hoho so tayah la buku warna2 ni kan. :p





Selamat Hari Raya!

Selamat ari raya~ maaf zahir dan batin hehe

post paling pendek abad ini. maaf lagi skali :D

Centrepiece

 Yes! Dah jumpa bekas untuk bunga centrepiece instead of guna cawan knuri tunang aritu! muehehe

bekas salt scrub.
penjimatan hebat! ngehe at least yang ni stabil la sket compared to those glasses~

oh. da decide nk guna carnation for the whole thing. untuk centrepiece, hantaran, bunga telur, bunga pelamin etc2. senang koje mak~

I'm Back!

Yes! Nak raya dah! lagi 3 minggu la kan :p

38 Days!

38 hari tak update blog!

Well. Few things happened.

* currently in-between jobs. lol
* bonda nak jugak-jugak buat kenduri kt rumah -.-" harapanla nk letak aisle runner dari pintu dewan sampai stage uhuk2
* cousin ( a year younger than me sudah beranak. *terasa tua pulak* )
* oh. abaya untuk hantaran sudah sampai! weeee

aih..sesi carik kerja..purse makin kurus neh

Twelve Days To Go!

Selamat hari Isnin~ arini rasa gembira bercampur aduk dengan mengantuk sebab makan nasik lemak n bihun tadi. ok tak relevan. 

... ok boleh terlelap sambe menaip. sat p wat neskapir

ok sambung

Lagi dua belas ari kat sini ahaxx campur arini la. baju-baju dah weekend lepas aku bawak balik. tinggal mana yang nak pakai untuk dua minggu ni saja and a few barang dapor dan jugak peti ais. mati nak angkut bawak balik T_T

oh and 1st May nnti InsyaAllah my first road trip dengan my better half! Road-trip la sangat haha. pegi Kelantan je pun kenduri bestfriend dia. Baru ingat nak ajak dia g snorkel dekat Pulau Payar. oh well simpan untuk honeymoon jela hee~

update keadaan di opis:
sorang lagi staff nak resign. tau apa soalan si separa bos tuh? instead of tanya sebab apa nk resign ka nk pujuk stay ka dia leh tanya "brapa lagi utang dia dengan syarikat?" tch memang dasar tok arab huh. yep dia orang arab. and yep staff kt sini leh wat loan dengan company, 0% interest haha. rela korang amek? she will trade your soul for that. lol

anyhow i felt pity with the bosses here. sorang bodoh sombong. sorang lagi macam lembu cucuk idung.
oh well..lagi sebelas ari kt sini. misi donlod mubi sampai lebam. hiks

Lady Morgana's Costume

Aku baru tengok Merlin. Season 3 la, tadela slowpoke sangat occay bwahaha dan costume Morgana memang slalu jadi belekkan aku. sangat suka oke!

tapi season ni costume si Morgause pon da naek taraf! tetambah yang merah tuh arghh rasa macam nk tukar wedding theme jadi merah je haha ok tanak. sebab aku da nampak Morgana pakai dress purple inner biru! guarghh screen caps tak banyak utk dress tu. huh mana yang aku jumpa ni korang tengok la ye hee

*salivating*

Checklist: 7 - 5 Bulan Sebelum Majlis.

7 - 5 Bulan sebelum majlis:
(Last update: 25 March 2012)


  • Menghadiri kursus perkahwinan
Status: Done!
Ms. P: Done!
Mr. A: Done!

  • Memilih MUA
Status: Done!
Nikah: Nora
Reception: Nora
Bertandang: Nora

  • Memilih Photographer / Videographer
Status: Done!
Nikah: ameeri
Reception: ameeri
Bertandang: n/a


You're Incinerated!

Haha! Kalau korang tengok bedtime story korang taula apekes dengan perkataan tuh. :p

oh bermula Mei 2011 dengan rasminya aku bergelar sebagai penternak anggur ye rakan-rakan. Kalo duit nuffnang boleh sara idup aku kan senang? jadi silala pegi click nuffnang aku tuh hehe

Kalo cerita dari side aku semestinya aku tak salah. kan? haha tapi aku mengaku la salah aku jugak mulut lebih laju dari otak dan tak propesenel. Tapi dengan bos yang tak matang, bini bos yang palatao dan anaknya yang tengah going through puberty skang memerintah opis kalah komunis cemana aku nk propesenel? huh

Wedding Stationery

Aku suka belek-belek wedding stationery. Nampak coordinated dan jugak secara tak langsung guests boleh tau apa tema majlis kita. ada ciri-ciri pemberita tak :p

Ni complete list untuk wedding stationery. Credits to Crafty-Fox

Crafty Fox

Aisle Runner

Memandangkan aku da decide nak buat kat dewan, carikla aku cecontoh design pelamin dewan hiks. tapi macam biasa lain yang dicari lain yang aku jumpa heh. apa itu? Aisle runner! instead of red carpet yang takkan masuk dengan tema warna aku, buat aisle runner lagi cun kan? ala kain rentang putih je pastu taburla bunga ke ape ke

serius nice!


Bila aku google aisle runner, mat2saleh ni guna initial derang utk deco aisle runner. menarik! tapi bila aku mention kt adik aku boleh dia kata "kira nanti orang pijak nama ang a?" =.=" tape. aku wat tu laluan larangan. pengantin dan pengapit saje leh lalu. haha

boleh je nk diy mende alah neh, tapi kena tau ukuran dewan tu dulu la, kain telebih panjang tape, telebih pendek? kontot la laluan aku haha. tapi memang seriyes sangat mahu! tapi KIV dulu la..siapkan mende lain dulu..uhuk2.. in the meantime..jemput cuci mata hehe

Senarai Semak Perkahwinan

Wop! Checklist ni aku dapat dari website Pesona Pengantin. Nak beli buku tiap bulan bengkok la aku, jadi tengok online pon jadila haha. Tapi tiap bulan derang tukar maka bulan ni dah checklist mende lain pulak. =.="
 


12 bulan sebelum
1. Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
2. Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
3. Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah. Done!
4. Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.

11 bulan sebelum
1. Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan. Done!
3. Mengintai-intai pakaian perkahwinan. Done!
4. Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju, dan lain-lain.

10 bulan sebelum
1. Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
2. Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis. Done!
3. Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet.

Hantaran Nikah: Abaya

Merujuk kepada post aku semalam pasal hantaran nikah.

Dah aku mention kan aku da preorder abaya. hee memang tak terlintas langsung nk wat hantaran walopon every friday staff pompan pakai abaya kt sini haha. tah mende aritu aku gugel tiba-tiba nampak gubahan ni.

Abaya + Shayla

Memang tanpa banyak songeh terus laju je aku carik sapa jual abaya online gehehe


Hantaran Nikah

Adoii tulonn tulonn nikah nanti nak bagi apa ah? List kt tenet berjela-jela bermacam-macam. pinin nk mikiornye

jam? - kami dua2 tak pakai jam. haha
kasut? - hantaran heels n kasut kulit selalunya kan? tu pon tak praktikal untuk kami. opis aku tayah pakai kasut. opis dia..pakai sliper je haha. lagipun, condition kaki aku macam entry lepas tidak membolehkan aku pakai heels kerap2. T_T
toiletries? - boleh la kot untuk my better half, tapi lelaki, habis sangat pakai facial wash. lainla toiletries aku. satu beg utk itu saja ngahaha
barang make-up? - best je bila tengok hantaran bobbi brown la mac la. tapi malangnya aku pakai barang elianto je uhuk2 rasa tak layak jadi tontonan umum nanti
kain? - tunggu raya jela haha
sejadah? - hmm boleh jadi
telekung? - boleh la jugak buat tukar2 kan
jubah? - mcm menarik, dan aku dah preorder dah satu haha
towel? - haa ok ni jadi! leh combine dengan toiletries beliau hee
handbag? - aku pakai handbag gaban yang boleh muat satu bilik aku. jadi untuk tiba-tiba beli handbag wanita korporat..urghh...tapi bukan aku tak survey structured bag neh. tak bekenan sungguh. isk3

Hairan Bin Ajaib

Reading list aku hilang! lebam la nk ingat link satu-satu letak balik..adoiiii. takkan kes aku ngamuk semalam sume lari? haha sengal lol

ahh arini bini bos mcm tak masuk. maka aku gembira sementara. sementara dia tak masuk la. masuk karang serrrrabut balik. kohkoh

haa weekend aritu aku balik kampung dengan bakal mertua! wagaga jap g breakfast nanti sambung.

ciao!

Aku Serabut!!

SerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabutSerabut!!


Grr!! nyampah btol ngan bini bos aku neh. baru masuk opis hari ni da bagi aku serabut. tahpape tiba-tiba nk check file petty cash, ingat aku sangap sangat ke nk songlap duit? itu duit petty cash for christ sake! bukan duit dalam akaun. huh

dahla solution tak logik. duit petty cash suro anak dia pegang. tapi file n payment voucher aku simpan. sengal ape? nnti orang mintak payment susah payah la aku nk kena mengadap anak dia mintak duit. tak pon nanti derang kuarkan duit tak bagitau aku tiba-tiba aku check duit short. satu pasal pulak nak menjawab.

dahtu, tak reti akaun tapi nak wat palatao. pastu nk sembur-sembur aku kuarkan duit suka hati. kepalahots btol la.

warghh emo2.

Baju Nikah

Baju nikah aku dah decide nk pakai putih..tapi nak pakai the conventional kebaya or kurung moden ataupun buat custom-made dress tu tak sure lagi. Bila carik baju-baju ready made online yang warna putih agak bosan kan? melainkan carik baju nikah baru la ada cantik-cantik tapi harga mak datuk! kohkoh

tapi disebabkan nk berpura-pura bz kt opis tengok jela baju-baju yang ada kt gugel ni kehkeh.

gugel punya gugel aku trus jatuh centa dengan sut nikah mereka ini hee sweet sangat, so tanyala my better half dia ok ke tak warna putih + biru sket. dan dia orait ajeh heh
senarnya dah memang dalam agenda pon nk bagi warna tema lebey kurang reception (purple+biru+putih tuh) >D misi berjaya!



tapi.. macam bosan la pulak kalau baju aku putih semua. ini nggak fair! maka pencarian diteruskan..

Water Bottle & Paper Bag Putih!

Ehem-ehem. Alkisahnya opis aku neh travel agent, most of it pegi Mekah & Umrah la, so jemaah2 yang register sini dapatla freebies and antaranya air zam-zam. (aku rasala free haha)

Anyway, tetiba aku tengok sorang staff ni bawak balik botol kosong banyak2. So kepochi la aku tanya beli kt mana apa bagai. hehek sebab entry sebelum ni kan dok berura-ura nak buat personalized water bottle label cewah, pastu abeh opis je trus la g melawat kawasan.

Perihal Kasut Kahwin dan Kaki

Sepertimana bakal-bakal pengantin yang lain, aku pon teringin jugak nk ada kasut kahwin snrik. tanakla pakai kasut segitiga klasik mak andam tuh. urgh. siyes aku taleh tahan tgk kasut2 tuh T_T


Memandangkan aku tatau lagi ghope dress aku nnti cemana tapi aku rasa kasut lebih kurang cam gegamba ni ok la kot kan? takla mcm crowded sgt hee


sexxay!


kesimpulannya? peep toe mmg comei kan? tak formal sangat tak casual sangat. lol tapi, aku ada satu masalah lagi kalo pakai kasut tutup mcm ni.

kaki aku ada BUNION! apa term dalam bahasa melayu aku tatau haha. tapi, aku ada ni dari kecik bukan sebab pemakaian heels yang terlampau (boleh jadi jugak ok korang). Bunion aku ni keturunan, mak aku ada, bapak aku pon ada, so memang konfem la turun kat aku kan?

Personalized Water Bottle Labels

Not to sound racist, tapi orang melayu jarang aku nampak kuar jenjalan bawak botol air. btol? Yang selalu aku nampak mak2 chinese bawak bergendeng2 botol dengan anak2 mereka. Ke aku ni dah lama sangat duduk penang =.="

Tetibe kuar topik tadekenemengene lol

Tengok gambarah-gambarajah di bawah plis



Checklist: 12 - 8 Bulan Sebelum Majlis.

12 - 8 bulan sebelum majlis:
(Last update: 25 March 2012)
  • Tarikh
Status: Done!
Nikah: 6 July 2012

Reception: 7 July 2012

Bertandang: 14 July 2012


  • Lokasi
Status: Done!
Nikah: Masjid Arau
Reception: Dewan SMK Arau
Bertandang: Rumah


Dulang Hantaran

Yay! Dah dapat idea untuk dulang hantaran! gehehe

Cam biasa layan gamba dulu occay~